[KOMENTAR] WENGER MANGSA KEPADA KECEMERLANGANNYA – DALGLISH

Kenny-Daglish-Liverpool-managerLagenda Liverpool, Kenny Dalglish mengingatkan penyokong Arsenal supaya berhati-hati dengan apa yang mereka harapkan mengenai masa depan Arsene Wenger. Pengurus Arsenal itu kembali berdepan dengan kritikan dan desakan supaya berundur dari jawatannya selepas The Gunners kini bakal mengakhiri satu lagi musim tanpa trofi sekaligus melebarkan kemarau kejuaraan kepada 8 musim berturut-turut sejak kali terakhir pada 2005.

Bekas pemain berusia 61 tahun itu pernah beraksi bersama The Reds dari 1977 hingga 1990 selain pernah menjadi pengurus dari 1985 hingg 1991. Kenny Dalglish kembali menjadi pengurus Liverpool pada musim 2011/12 sebelum dipecat pada 16 Mei 2012 setelah gagal membantu Liverpool mencapai pencapaian yang baik meskipun berjaya menjulang kejuaraan Piala Carling pada 2012.

“Dalam banyak perkara, Wenger jadi mangsa kepada kecemerlangannya sendiri. Dia berada di bawah tekanan kerana pencapaiannya dalam liga dan Piala FA serta semua hasil kerja luar biasa yang pernah dilakukan olehnya bersama kelab (Arsenal),” kata Kenny Dalglish.

arsene-wenger-tony-adams-trophy“Saya tidak tahu apakah Wenger akan kekal atau pergi tetapi apa pun yang bakal terjadi kepadanya, dia layak mendapatkan penghormatan yang maksimum daripada Arsenal dan penyokong-penyokong atas apa yang digapainya bersama pasukan.”

“Sebahagian penyokong-penyokong mungkin tidak gembira dengan apa yang berlaku di Arsenal tetapi apakah yang mungkin terjadi jika pengurus baru yang tiba dan gagal membawa Arsenal ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim pertamanya.”

“Mungkin ini antara sebab mengapa anda harus berhati-hati dengan apa yang anda harapkan,” kata bekas pemain Liverpool dan Scotland itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply