[KOMENTAR] THE GUNNERS BELUM LAGI TERSINGKIR – HEYNCKES

Bayern-Munich-Jupp-Heynckes_28Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes mengakui kemenangan 3-1 pasukan bimbingannya ke atas Arsenal berpunca daripada kesilapan-kesilapan The Gunners sendiri. Namun, pengendali berusia 67 tahun itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas berjaya membawa bekalan selesa 3-1 ke Allianz Arena untuk perlawanan kedua pada 13 Mac nanti. Kemenangan ini menyaksikan Bayern Munich kini selangkah untuk mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2012/13.

“Arsenal tidak membenarkan kami bergerak bebas di kawasan pertahanan mereka tetapi kami berada di prestasi luar biasa yang akan menghukum setiap kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan (oleh lawan),” kata Heynckes kepada Sky Sports.

“Pada mula tidak mudah. Mereka sempat memberi tekanan dan memaksa kami berkerja keras tetapi kami berjaya menguasai keadaan.”

“Kami tidak boleh memandang rendah kepada lawana. Dalam bola sepak, kami sudah pernah mengalaminya.”

“Tetapi, sememangnya sangat sukar menentang kami musim ini. Anda boleh menilai dari kedudukan kami dalam liga, kami hanya dibolosi 7 kali sahaja. Itu sangat mengagumkan,” katanya lagi.

Bastian-Schweinsteiger-vs-Arsenal-2013Sementara itu, Bastian Schweinsteiger mengatakan Arsenal belum tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah meskipun tewas 1-3 kepada Bayern Munich di laman sendiri. Perancang tengah Bayern Munich itu mengakui pasukannya perlu berhati-hati dan berkerja keras dalam aksi timbal balik jika mahu menempah slot ke suku akhir nanti. Namun, Schweinsteiger tidak dapat beraksi dalam perlawanan di Allianz Arena kerana bakal menjalani pengantungan kerana menerima kad kuning.

“Bagi saya, gol ketiga (Manzukic) sangat penting. Tetapi, Arsenal masih dalam persaingan,” kata Schweinsteiger selepas tamat perlawanan,” kata Schweinsteiger.

“Pada 30 minit separuh masa pertama, kami bermain sangat bagus. Kami melakukan hantaran dan mengatasi lawan di segenap lapangan. Kami beraksi dengan berkesan,” kata pemain tengah Jerman berusia 28 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply