[KOMENTAR] ROY HODGSON PUJI AKSI WILSHERE, WALCOTT

Jack-Wilshere-England-vs-Brazil-2013Meskipun Wayne Rooney dan Frank Lampard menjadi wira England apabila berjaya meledakan gol menentang Brazil awal pagi tadi namun pengendali skuad kebangsaan England, Roy Hodgson memilih untuk berbicara mengenai duo Arsenal, Jack Wilshere dan Theo Walcott serta pertahanan Chelsea, Ashley Cole selepas tamat perlawanan. Bagi Hodgson, Wilshere dan Walcott memiliki prospek masa depan cerah bersama The Three Lions.

Gandingan tonggak Arsenal itu berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Brazil serta mencipta beberapa peluang terbaik menghasilkan jaringan buat England dalam aksi persahabatan awal pagi tadi. Roy Hodgson turut mengakui Wilshere dan Walcott menjadi asas kepada permainan England di bawah kendaliannya.

“Jika dia (Wilshere) boleh mengekalkan tahap permainannya dan layak menerima pujian. Semoga dia akan terus meningkat,” kata Hodgson kepada ESPN.

“Bagi Walcott, dia cukup mengancam dari bahagian pertahanan kiri Brazil. Dia memainkan peranan dalam gol pertama dan mencipta banyak peluang.”

Sementara itu, Ashley Cole berjaya meraih caps antarabangsa ke-100 bersama The Three Lions turut mendapat pujian daripada Hodgson. Meskipun digantikan oleh Leighton Baines pada separuh masa kedua namun pengendali skuad kebangsaan England mengakui Ashle Cole masih pemain penting baginya dan mempunyai alas an yang relevan.

“Saya sentiasa mahu mengekalkannya dalam pasukan ini. Tetapi saya merasakan dia mengalami masalah hamstring. Dia akan beraksi jika terdapat aksi kelayakan Piala Dunia 2014. Namun, saya tidak mahu memulangkannya kepada Chelsea dalam keadaan tercedera,” sambung Hodgson lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply