[KOMENTAR] PADANG RUMPUT VS PADANG SINTETIK

latihan-Harimau-Malaya-Wisma-FAMTerengganu menjadi perintis dalam pembangunan bola sepak negara apabila memiliki padang sintetik atau padang tiruan bernilai RM1.1 juta yang telah siap dibina di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu baru-baru ini. Sementara itu, Sarawak dan Johor turut merancang untuk membina padang sintetik yang dapat meningkatkan mutu sukan bola sepak selaras dengan perkembangan terkini sukan bola sepak di Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, saiz keluasan padang tersebut menepati piawaian minimum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk perlawanan bertaraf antarabangsa. Meskipun kos pembinaan padang sintetik lebih mahal berbanding padang rumput biasa sekitar RM500,000 setiap satu namun ia tahan lasak sehingga 10 tahun dan mampu menjimatkan kos penyelenggaraan

Kementerian Belia dan Sukan turut merancang untuk membina 40 padang tiruan di seluruh negara sebagai permulaan di mana setiap negeri bakal memiliki sekurang-kurangnya satu atau dua padang bergantung kepada populasi negeri itu. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kerajaan telah menyediakan peruntukkan RM50 juta bagi membina dua buah padang bola sepak sintetik dengan setiap satu menelan kos antara RM1.1 dan RM1.7 juta.

Pembinaan padang sintetik ini dilihat satu langkah ke hadapan dalam meningkatkan kualiti fasiliti sukan dan mutu permainan sukan bola sepak di Malaysia. Langkah ini dilihat cukup efektif untuk jangka masa panjang lantaran kos penyelengaraan padang yang rendah dan mudah diuruskan meskipun memerlukan kos pembinaan yang tinggi. Kualiti permukaan padang lebih rata dan memuaskan sekaligus mengurangkan risiko kecederaan.

wan-zaharul-nizam-kecik-harimau-muda-playerBerbeza pula dengan padang rumput yang memerlukan penyelengaraan yang tinggi seperti pemotongan rumput 2 kali kali seminggu serta penyiraman 3 kali kali seminggu untuk mengekalkan kepanjangan rumput pada kadar 20mm. Kepanjangan rumput dan penyiraman ini sangat penting untuk memastikan pergerakan bola lancar dan tidak tersekat-sekat terutama dalam menghasilkan hantaran-hantaran tepat (pass accuracy).

Bekas pengurus Inter Milan, Jose Mourinho menggunakan isu kepanjangan rumput ketika menewaskan Barcelona pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2009/10 di Stadium San Siro. Dalam perlawanan tersebut, rumput dibiarkan sedikit panjang dan tidak disiram sebelum perlawanan sekaligus melambatkan pergerakan bola yang menimbulkan kesukaran buat pemain-pemain Barcelona melakukan hantaran pendek yang tepat dan corak permainan pantas Tiki-Taka.

Isu padang sintetik ini menjadi isu lantaran pasukan-pasukan tempatan gagal beraksi baik dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura menentang Lions XII atau skuad kebangsaan Singapura. Ini kerana pergerakan bola di atas padang sintetik lebih laju dan corak permainan menjadi lebih pantas. Lantaran itu, pemain-pemain tempatan menjadi cepat letih dan hilang fokus di mana memerlukan stamina yang tinggi untuk beraksi dengan cemerlang.

Lantaran itu, usaha yang serius perlu dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serat pihak perbadanan stadium untuk memastikan perlaksanaan padang sintetik dapat dilakukan dengan berkesan demi pembangunan bola sepak negara. Pengunaan padang sintetik dilihat sebagai altenatif terbaik untuk menyelesaikan masalah keadaan padang yang sering berlaku dalam saingan Liga Malaysia.

Incoming search terms:

  • padang sintetik
  • cara bina padang sintetik
  • kos membina padang bola sintetik
  • padang bola sintetik
  • stadium padang sintetik fifa
This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply