[KOMENTAR] JUPP HEYNCKES PERTAHANKAN ARSENE WENGER

Jupp-Henyckes-press-conferencesMeskipun berdepan dengan kritikan selepas kekalahan kepada Blackburn Rovers sekaligus tersingkir dari saingan Piala FA hujung minggu lalu namun pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes memuji dan mengakui bahawa Wenger masih merupakan pengurus yang hebat dalam Liga Perdana Inggeris. Bayern Munich bakal bertandang ke Stadium Emirates awal pagi nanti menentang The Gunners dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

“Anda harus mengambil pertimbangan bahawa Arsenal bersaing dgn Chelsea, Manchester United dan Manchester City,” kata Jupp Heynckes.

“Sejak beberapa tahun lalu, mereka menjual pemain-pemain terbaik mereka di mana pasukan lain mendapat pemain-pemain berkelas dunia.”

“Jika mereka bersaing dengan pasukan-pasukan seperti itu jadi saya rasa tidak adil untuk menyalahkan Arsene. Dia merupakan jurulatih yang hebat. Anda harus melihat bagaimana pasukan ini bermain.”

“Arsenal mempunyai tradisi dan sejarah yang hebat. Mereka bermain bola sepak dengan menarik. Jika anda mengenepikan perlawanan menentang Blackburn – mereka berada di kedudukan kelima liga dan beraksi degan sangat positif dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.”

Bastian-Schweinsteiger-Bayern-MunichSementara itu, Bastian Schweinsteiger menegaskan bahawa Arsenal merupakan salah satu daripada 10 pasukan terbaik di Eropah meskipun melepaskan ramai pemain-pemain bintang. Perancang tengah Bayern Munich itu mengakui pasukannya bakal berdepan dengan cabaran sengit terutama daripada pemain-pemain lincah seperti Jack Wilshere, Santi Cazorla, Lukas Podolski dan Theo Walcott.

“Sudah tentu hari ini mereka kehilangan pemain-pemain seperti Tony Adams, Thierry Henry dan lain-lain tetapi mereka masih memiliki Wilshere – dia disisihkan untuk tempoh masa panjang namun sangat sukar untuk beraksi menentangnya,” kata Schweinsteiger.

“Mereka (Arsenal) bukan sebarangan pasukan Inggeris, mereka memiliki Cazorla di sini dan mereka merupakan pasukan yang penuh dengan teknikal tetapi saya tidak tahu mengapa mereka masih gagal memenangi kejuaraan kerana mereka sememangnya memiliki untuk menang.”

“Arsenal merupakan salah satu daripada 10 pasukan terbaik di Eropah,” kata pemain tengah Bayern Munich berusia 28 tahun itu.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply