[KOMENTAR] HENRY DAN BERGKAMP ADALAH IDOLA SAYA – MICHU

Michu-Swansea-CityPenyerang Swansea City, Michu mendedahkan Arsenal merupakan pasukan pilihannya di United Kingdom. Pemain kelahiran Oviedo itu menyertai Swansea dari kelab Sepanyol, Rayo Vallecano dengan bayaran perpindahan bernilai £2 juta pada 20 Julai 2012. Michu atau nama sebenarnya Miguel Perez Cuesta mengakui bahawa dua lagenda Arsenal, Thierry Henry dan Dennis Bergkamp merupakan pemain bola sepak kegemarannya.

“Ketika saya masih kecil, pasukan saya di UK sentiasa Arsenal. Mereka memiliki pemain yang benar-benar bagus – Bergkamp dan Henry dan mereka bermain bola sepak yang sangat bagus,” kata penyerang berusia 26 tahun itu.

“Kedua-dua mereka merupakan pemain-pemain kegemaran saya. Mereka memiliki kualiti yang banyak dan memenangi banyak kejuaraan.”

“Saya masih mengingati gol Bergkamp ketika menentang Newcastle di mana dia melakukan turning dan menjaringkan gol. Itu merupakan gol yang sangat hebat.”

“Dan Henry bermain untuk Barcelona selepas Arsenal. Pasukan pertama saya di Sepanyol adalah Oviedo tetapi yang kedua adalah Barcelona kerana gaya permainan bola sepaknya.”

“Saya mencuba untuk berlatih seperti Bergkamp dan Henry ketika saya masih kecil. Tidak ramai orang yang mampu melakukan seperti apa yang telah mereka lakukan,” kata Michu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply