[INFO] MISTERI PEMBUNUHAN DI STADIUM HIGHBURY 1939

highbury-arsenal-stadium-in-historyStadium Arsenal, Highbury menjadi sebahagian daripada sebuah kejadian pembunuhan misteri misteri yang berlaku pada tahun 1939. Filem Inggeris pertama berjudul ‘The Arsenal Stadium Mystery’ telah mengambil bola sepak dan Stadium Highbury sebagai latar belakang yang diarahkan oleh Thorold Dickinson. Filem sepanjang 84 minit bergenre misteri dan jenayah itu telah ditayangkan pada November 1939 serta diedarkan oleh General Film Distributors.

Kisah bermula apabila seorang InspektorThe-Mistery-Arsenal-Stadium Scotland Yard bernama Anthony Slade lakonan Leslie Banks telah berusaha untuk menghuraikan misteri kematian seorang pemain bola sepak dari kelab amatur.

Selepas perlawanan antara Arsenal dan Trojans, salah seorang pemain pasukan Trojans telah menghembuskan nafas terakhir kerana diracun oleh pihak-pihak tertentu dengan rakan sepasukan dan wanita simpananya disyaki sebagai dalangnya.

Dalam filem ini, banyak adegan-adegan diambil secara langsung daripada Stadium Highbury selain turut melibatkan beberapa pemain Arsenal seperti Cliff Bastin dan Eddie Hapgood serta pengurus pasukan, George Allison di samping staf-staf kejurulatihan yang lain yang melakukan kemunculan istimewa sepanjang pengambaran. Namun, hanya George Allison sahaja diberi peluang untuk berbicara dalam filem tersebut.

anderlecht-v-arsenal-highbury-stadiumThorold Dickinson telah menjadikan perlawanan antara The Gunners dengan Brentford pada 6 Mei 1939 sebagai sebagai daripada suntingan filem ini. Pemain-pemain Brentford telah memakai kit istimewa untuk perlawanan tersebut untuk pengambaran filem tersebut. Dalam perlawanan tersebut, Arsenal berjaya memenangi dengan 2-0 yang merupakan perlawanan terakhir dalam saingan Liga Inggeris sebelum berehat kerana Perang Dunia II.

Incoming search terms:

  • Mistery Arsenal Stadium
This entry was posted in Informasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply