[EPL] ARSENAL PERLU BERHATI-HATI DENGAN ANCAMAN VILLA

Arsenal-vs-Aston-Villa-matchdayArsenal bakal menanti kunjungan Aston Villa di Stadium Emirates selepas mengharungi minggu-minggu yang mengecewakan ekoran kekalahan kepada Blackburn Rover dalam saingan Piala FA dan tewas 1-3 pada perlawanan pertama 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah kepada Bayern Munich. The Gunners kini menghuni kedudukan kelima liga sementara Aston Villa pula berada kedudukan ke-18 liga dengan 1 mata di atas zon penyingkiran.

Arsene Wenger bakal kehilangan khidmat bek kanan, Bacary Sagna yang mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Bayern Munich. Kieran Gibbs pula akan terus diketepikan untuk tempoh beberapa minggu lagi sebelum kembali ke dalam skuad utama. Sementara itu, Carl Jenkinson yang menjalani pengantungan selepas menerima 2 kad kuning ketika menentang Sunderland dijangka akan kembali ke dalam skuad utama Arsenal.

Di kem Villa pula, pemain sayap lincah, Charles N’Zogbia dijangka akan kembali berada dalam kesebelasan utama selepas pulih dari kecederaan. Tonggak pertahanan, Richard Dunne, Chris Herd dan Gary Gardner pula terus diketepikan untuk tempoh jangka masa panjang kerana masalah kecederaan. Pemain tengah, Mark Albrighton turut tidak dapat beraksi namun Gabriel Agbonlahor dan Karim El Ahmadi sudah cergas sepenuhnya dan sedia untuk beraksi.

Carl-Jenkinson-Arsenal-vs-Fernando-Torres-ChelseaWojciech Szczesny akan terus mengemudi gawang Arsenal sementara Per Mertesacker dan Thomas Vermaelen dijangka kembali bergandingan selaku pertahanan manakala Carl Jenkinson bakal mengisi kekosongan yng ditinggalkan oleh Bacary Sagna. Nacho Monreal pula akan terus beraksi di posisi bek kiri selepas Keiran Gibbs masih belum pulih dari kecederaan.

Mikel Arteta pula akan bertindak selaku defensive midfielder manakala Jack Wilshere kembali selaku central midfielder. Santi Cazorla pula akan beraksi selaku playmaker sementara Theo Walcott dan Lukas Podolski akan memainkan peranan di bahagian sayap kanan dan kiri. Sementara itu, Olivier Giroud pula akan kembali beraksi selaku targetman selepas tidak diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang bayern Munich.

Pengurus Villa, Paul Lambert pula akan Brad Guzan selaku penjaga gol. Ciaran Clark dan Ron Vlaar bakal bergandingan bersama Nathan Baker serta Matthew Lowton membentuk barisan back four. Sementara itu, Fabian Delph dan Ashley Westwood bertindak selaku defensive midfielder manakala Andreas Weimann pula selaku attacking midfielder. Gabriel Agbonlahor dan Charles N’zogbia memainkan peranan di bahagian sayap sementara Christian Benteke pula kekal selaku center foward.

BARISAN KEMUNGKINAN

line-up-Arsenal-v-Aston-Villa-Feb-2013Tarikh : 23 Februari 2013

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Martin Atkinson

Ramalan : Arsenal (3) vs Aston Villa (0)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal hanya tewas 2 kali daripada 28 pertemuan terakhir menentang Aston Villa dengan 17 kemenangan dan 9 seri.
  • Aston Villa berjaya memenangi 2 perlawanan daripada 4 perlawanan terakhir menentang Arsenal.
  • Arsenal tidak pernah tewas dalam perlawanan liga pada bulan Februari sejak kali terakhir pada Februari 2010 ketika tewas 2-0 kepada Chelsea.
  • Aston Villa berjaya menamatkan rentetan 8 perlawanan liga tanpa kemenangan apabila menewaskan West Ham United 2 minggu lalu.
  • Arsenal hanya berjaya memenangi 2 daripada 6 perlawanan terakhir di gelanggang sendiri.
  • Aston Villa berjaya menjaringkan 16 gol daripada 20 perlawanan liga terakhir di Stadium Emirates
  • Aston Villa merupakan pasukan yang paling banyak menerima kad kuning dalam Liga Perdana Inggeris dengan 54 kali manakala Arsenal hanya menerima 24 kad kuning.
  • Arsenal merupakan pasukan yang paling sedikit dalam liga menghasilkan peluang menjaringkan gol dari sepakan sudut.
  • Aston Villa gagal mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 10 perlawanan terakhir di mana telah melepaskan 27 gol.
  • Theo Walcott merupakan penjaring terbanyak Arsenal musim ini dengan 18 gol dalam semua kejohanan termasuk 11 gol dalam Liga Perdana Inggeris.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply