[EPL] ARSENAL MEMBURU 3 MATA BERHARGA DI STADIUM OF LIGHT

matchday-Sunderland-vs-Arsenal-2013The Gunners bertandang ke Stadium of Light, Sunderland dengan misi memburu 3 berharga lantaran persaingan memburu posisi ke-3 dan 4 Liga Perdana semakin sengit antara Arsenal, Chelsea, Spurs dan Everton dengan kedudukan Man United dan Man City di persada liga semakin sukar digugat. Arsenal kini di kedudukan ke-6 liga dengan 41 mata daripada 25 perlawanan sementara Sunderland pula berada di posisi ke-12 sekadar meraih 29 mata setakat ini.

Arsene Wenger akan kehilangan Thomas Vermaelen dan Kieran Gibbs selepas belum pulih dari kecederaan. Francis Coquelin turut berada dalam keraguan dan belum cergas sepenuhnya kerana kecederaan hamstring. Namun, Theo Walcott, Santi Cazorla, Laurent Koscielny dan Aaron Ramsey yang mengalami kecederaan ringan dalam aksi perlawanan antarabangsa pertengahan minggu ini dilaporkan cergas dan sedia diturunkan malam ini.

Sementara itu, pengurus Sunderland bakal kehilangan khidmat Carlos Cuellar kerana kecederaan hamstring sementara Lee Cattermole dan Wes Brown pula mengalami kecederaan lutut. Pemain sayap, James McClean berada dalam keraguan selepas mengalami kecederaan buku lali aksi perlawanan persahabatan antarabangsa. Penyerang baru, Danny Graham pula dijangka akan memulakan perlawanan di bangku simpanan.

Wojciech Szczesny akan mengemudi benteng terakhir Arsenal dengan Per Mertesacker serta Laurent Koscielny bergandingan bersama Bacary Sagna dan Nacho Monreal membentuk gandingan back four. Mikel Arteta bakal beraksi selaku defensive midfielder manakala Jack Wilshere akan bertindak selaku center midfielder. Theo Walcott dan Lukas Podolski akan bertindak di bahagian sayap sementara Santi Cazorla akan memainkan peranan selaku attacking midfielder. Olivier Giroud pula kekal selaku center forward.

Di kem The Black Cats, Simon Mignolet akan diturunkan selaku penjaga gawang dengan Titus Bramble dan John O’Shea selaku center back. Craig Gardner dan Danny Rose pula bakal beraksi di posisi bek kanan dan bek kiri. Alfred N’Diaye dan Jack Colback pula mengisi posisi midfielder dengan Sebastian Larsson dan Adam Johnson beraksi di posisi sayap kiri dan kanan. Stephane Sessegnon pula bakal bertindak selaku shadow striker kepada Steven Fletcher.

PERCATURAN TAKTIKAL

theo-walcott-vs-sunderland-2012Perlawanan malam ini dilihat lebih terbuka dengan aksi menyerang kedua-dua pasukan lantaran Sunderland menggunakan khidmat dua penyerang. Sessegnon bakal menjadi duri dalam daging buat Arsenal dengan gerakan-gerakan lincah sementara Fletcher pula bakal bertindak selaku targetman Sunderland. Mertesacker bakal bertindak selaku sweeper sementara Koscielny akan melakukan man-to-man marking ke atas Fletcher.

Kunci utama gerakan Black Cats pastinya di bahagian sayap menerusi Larsson dan Johnson yang dilihat berbahaya menerusi hantaran silang dan percubaan jarak jauh. Colback dan N’Diaye bakal memainkan peranan menyekat pergerakan Cazorla dan Wilshere yang memiliki kemampuan melakukan dribbles bagi merobek pertahanan Sunderland. John O’Shea dilihat bakal mengaswasi pergerakan Giroud yang bakal bertindak selaku targetman bagi Arsenal. Kelibat Podolski dan Walcott bakal memberi masalah buat Rose dan Gardner.

Pengurus Sunderland, Martin O’Neill bakal menggunakan hantaran jauh dan situasi bola tinggi yang merupakan kelemahan utama di barisan pertahanan Arsenal untuk menjaringkan gol dengan Fletcher dilihat cukup berbahaya menerusi tandukan. Arsenal pula bakal melakukan serangan menerusi hantaran silang di bahagian bahagian sayap kiri dan kanan mencari Giroud. Jaringan awal bakal mengubah tempo perlawanan yang dijangka akan bermula perlahan malam ini.

BARISAN KEMUNGKINAN

line-up-Sunderland-vs-Arsenal-Feb-2013Tarikh : 9 Februari 2013

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium of Light, Sunderland

Pengadil : Anthony Taylor

Ramalan : Sunderland (0) vs Arsenal (2)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal hanya menang 11 kali selepas 25 perlawanan musim ini – paling sedikit sejak September 1996.
  • Sunderland hanya memenangi 5 daripada 9 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris manakal 4 lagi berakhir dengan kekalahan.
  • Arsenal melakukan 13 kesilapan yang menyebabkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris – paling banyak berbanding pasukan lain.
  • Black Cats berjaya mencatatkan 9 clean sheets musim ini kedua terbanyak selepas Manchester City yang mencatatkan 11 clean sheets.
  • 17 daripada 20 gol terakhir Arsenal dijaringkan pada separuh masa kedua.
  • Sunderland berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 4 perlawanan terakhir di laman sendiri.
  • Arsenal melepaskan 62% gol pada separuh masa pertama – paling tinggi berbanding pasukan lain
  • Stadium of Light merupakan stadium yang paling sedikit menyaksikan jaringan terhasil musim ini dengan 26 gol.
  • Stephane Sessegnon merupakan pemain yang paling banyak dikasari dalam saingan liga dengan 61 kali.
  • Lukas Podolski berjaya menghasilkan 10 gol dalam 8 perlawanan terakhir liga (4 jaringan dan 6 assist).
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply