[EPL] 5 PENJARING GOL TERBANYAK LIGA PERDANA INGGERIS

epl-liga-perdana-inggerisLiga Perdana Inggeris merupakan antara liga yang paling kompetatif di dunia dengan memiliki pemain-pemain yang hebat dan berbakat. Penyerang merupakan antara pemain yang sering menjadi perhatian peminat-peminat serta merupakan nadi kejayaan sesebuah pasukan. Di sini Arsenal4u.com menyenaraikan 5 penjaring gol terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

1- ALAN SHEARER – 260 gol

Alan-Shearer-Newcastle-UnitedPemain kelahiran Gosforth, Newcastle ini memulakan karier awal bersama Wallsend Boys Club dan Southampton namun mencipta nama bersama Blackburn Rovers dan Newcastle United. Meskipun hanya meraih satu kejuaraan sepanjang kariernya namun Alan Shearer diiktiraf selaku antara penyerang terbaik serta merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam Liga Perdan Inggeris dengan meledak 260 gol. Bekas penyerang kebangsaan England ini turut menjaringkan 30 dalam 63 penampilan bersama The Three Lions.

2-ANDREW COLE – 187 gol

Andy-Cole-Manchester-UnitedBekas pelatih akademi bola sepak Arsenal ini merupakan penjaring gol kedua terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris dengan mencatatkan 187 gol. Pemain kelahiran Nottingham pernah beraksi dengan beberapa kelab utama termasuk Arsenal, Fulham, Bristol City, Newcastle United, Manchester United, Blackburn Rovers, Manchester City, Portsmouth, Birmingham City, Sunderland, dan Burnley. Bersama skuad England, Andrew Cole menjaringkan 1 gol daripada 15 perlawanan.

3-THIERRY HENRY – 174 gol

thierry-henry-hatrik-vs-liverpoolBekas penyerang antarabangsa Perancis menyertai Arsenal dari kelab Serie A, Juventus pada 1999 dengan yuran perpindahan bernilai £10.5 juta. Anak kelahiran Paris ini tampil selaku penjaring terbanyak The Gunners sepanjang zaman dengan 228 gol termasuk 174 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebelum meninggalkan Arsenal pada musim panas 2007. Pemain berusia 35 tahun ini juga merupakan penjaring terbanyak skuad kebangsaan Perancis dengan mengatasi rekod milik Michael Platini dengan mencatatkan 51 gol dalam 123 perlawanan.

4-ROBBIE FOWLER – 163 gol

Robbie-Fowler-LiverpoolAnak kelahiran Toxteth, Liverpool ini mencipta nama bersama The Reds dengan menjaringkan 183 gol di mana 128 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selepas meninggalkan Liverpool, Robbie Fowler telah menyertai beberapa kelab utama termasuk Leeds United, Manchester City, Cardiff City dan Blackburn Rovers. Produk akademi Liverpool telah menjaringkan 162 gol dalam Liga Perdana Inggeris serta turut menyumbang 7 gol dalam 26 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan England.

5-LES FERDINAND – 151 gol

Les-Ferdinand-Tottenham-HotspursLes Ferdinand memulakan karier awal bersama Hayes merupakan penjaring kelima terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris dengan 151 gol. Pemain kelahiran Paddington, London pernah beraksi bersama Queens Park Rangers, Brentford, Besiktas JK, Newcastle United, Tottenham Hotspur, West Ham United, Leicester City, Bolton Wanderers, dan Reading. Bersama The Three Lions, Les Ferdinand telah beraksi sebanyak 17 kali dan menjaringkan 5 gol.

Dikemaskini pada 18 Februari 2013

Incoming search terms:

  • penjaring terbanyak epl 2013/14
  • Penjaring terbanyak EPL
  • penjaring terbanyak epl sepanjang zaman
  • penjaring terbanyak la liga 2013/14
  • rekod penjaring terbanyak epl
  • penjaring terbanyak la liga 2014/15
  • penjaring terbanyak epl setakat ini
  • epl penjaring terbanyak
  • penjaring terbanyak chelsea
  • senarai penjaring gol terbanyak di dunia
This entry was posted in EPL and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply