[CORETAN] ULANG TAHUN PERTAMA – TERIMA KASIH BERSAMA KAMI

Happy-Anniversary-1st-Arsenal4u.comTanggal 15 Januari 2013 yang lalu maka genaplah setahun website Arsenal4u.com muncul di alam maya dengan berkongsi berita dan infomasi. Pelbagai suka duka pahit manis diharungi penuh ranjau berliku sepanjang setahun bersama. Di sebalik nama Arsenal4u.com, pemilihannya dibuat untuk mendapatkan penjenamaan yang segar, ringkas dan mudah diingati serta memiliki nilai-nilai yang lebih global. Namun, proses penjenamaan Arsenal4u.com masih belum selesai sepenuh kerana kami baru bermula.

Di kesempatan ini, diri ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada dua orang watak penting yang menjaya dalam proses pembangunan Arsenal4u.com. Yang pertama pastinya buat rakan saya, Zul yang merupakan web master kepada Arsenal4u.com. Tanpa Zul, pastinya website ini tidak dapat beroperasi dengan baik dan lancar. Tidak dilupakan buat Amar yang  menjadi pendorong dan aspirasi untuk saya meneruskan operasi Arsenal4u.com dalam menghasilkan penulisan yang kreatif dan menyampaikan informasi buat peminat-peminat Arsenal.

Buat pengetahuan semua, kewujudan website sebagai lambang cinta dan minat yang mendalam saya terhadap Arsenal. Mengimbas kembali kenangan silam tatkala bibit-bibit cinta terhadap Arsenal mula berputik pada tahun 2000 ketika saya masih berusia 13 tahun. Kehadiran website ini juga turut mengambil inspirasi daripada beberapa blogger-blogger Arsenal di Malaysia antaranya arsenalmalaysia.blogspot.com, arsenalaysia.blogspot.com, pencintaarsenalfc.blogspot.com, arsenalnumber4.blogspot.com, atikaharsenalfc.blogspot.com dan sebagainya.

Arsenal+v+Southampton++Premier+LeagueLumrah kehidupan, disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tanggal 14 April 2013, website ini telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawap lantaran kami menggunakan domain dan hosting yang murah. Namun itu tidak melemahkan semangat diri ini untuk bangkit kembali membangunkan website ini. Sehubungan dengan itu, kami telah meningkatkan tahap security website ini serta menggunakan domain dan hosting yang lebih berkualiti.

Mungkin timbul persoalan mengapa gaya penulisan yang agak serius dan lebih berorientasikan fakta serta analisis (angka) kecuali artikel atau berita yang saya ‘direct translate’. Kemungkinan besar ini berkait rapat dengan kehidupan sosial diri saya selaku seorang mahasiswa daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA. Sememangnya, tidak dapat dinafikan dunia kejuruteraan sentiasa mengakupi penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peminat-peminat Arsenal4u.com dan rakan-rakan facebook dari Arsenal Fan Malaysia atas sokongan terhadap kami selama ini. Tidak dilupakan buat rakan-rakan seperjuangan daripada group Arsenal Malaysia Supportes (Utara) yang sering memberi sokongan dan dorongan kepada diri ini untuk terus menyampaikan maklumat dan informasi menerusi medium Arsenal4u.com.

**Ini merupakan artikel ke-700 dalam Arsenal4u.com

This entry was posted in Coretan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply