[CORETAN] TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG SAYA – SANTOS

andre-santos-arsenalAndre Santos telah melengkapkan perpindahan ke kelab Brazil, Gremio secara pinjaman sehingga ke penghujung musim ini. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Arsenal dari kelab Turki, Fenerbahce pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £6.8 juta. Sebelum meninggalkan Arsenal, Santos telah menghantar mesej untuk penyokong-penyokong Arsenal dalam bentuk rakaman video.

“Hi, semua! Sebagai mana yang anda tahu, saya akan menyertai kelab baru secara pinjaman sehingga hujung musim ini,” kata Andre Santos.

“Saya rasa saya perlu bermain dan Gremio memberi peluang yang terbaik untuk saya melakukannya. Jadi, saya terbang ke Brazil dan saya akan bermain untuk Gremio.”

“Segala-galanya berjalan sangat pantas untuk perpindahan secara pinjaman ini tetapi saya yakin ini yang terbaik untuk kedua-duanya, Arsenal dan diri saya.”

Andre-Santos-back-to-Gremio“Saya menghasilkan video ini hanya untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Arsenal terutama Arsene Wenger atas apa yang dia sudah berikan kepada saya. Saya juga mahu berterima kasih kepada semua yang berada di kelab ini yang menguruskan kontrak saya dengan penuh professional.”

“Saya mahu berterima kasih kepada pemain-pemain Arsenal di mana mereka sangat baik dengan saya terutama Bacary Sagna, Mikel Arteta dan Santi Cazorla kerana sentiasa bersama saya.”

“Saya juga mahu mengatakan jutaan terima kasih kepada semua orang yang membantu saya berada di kelab yang hebat ini.”

“Saya mendoakan yang terbaik untuk pasukan ini bagi baki saingan musim ini dan sudah pasti saya akan mengikuti perkembangan pasukan dari Brazil.”

“Akhir sekali, ucapan terima kasih yang teristimewa buat penyokong Arsenal yang hebat di mana menyokong saya sepanjang saya berada di Arsenal. Saya meninggalkan (Arsenal) tanpa ucapan selamat tinggal tetapi kita akan berjumpa lagi,” kata Santos lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply