[CORETAN] ROBERTO CARLOS IDOLA SAYA – NACHO MONREAL

Roberto-Carlos-BrazilNacho Monreal mendedahkan bahawa lagenda bek kiri Brazil, Roberto Carlos sebagai idolanya. Pertahanan antarabangsa Sepanyol itu menyertai Arsenal dari kelab La Liga, Malaga CF pada hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu telah berjaya menampilkan aksi yang cemerlang dalam 2 perlawanan setakat ini. Pemain berusia 26 tahun itu berharap dapat mengikut jejak langkah Roberto Carlos selain turut meminati penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Roberto Carlos yang terkenal dengan sepakan lencong yang kencang memulakan karier antarabangsa bersama skuad kebangsaan Brazil sejak 1992 hingga 2006 dengan memiliki 125 caps antarabangsa. Bek kiri kelahiran Sao Paulo ini pernah beraksi dengan beberapa kelab termasuk Uniao Sao Joao, Palmeiras, Inter Milan, Real Madrid, Fenerbahche, Corinthians dan Anzhi Makhachkala.

“Sejak kecil lagi saya sangat terpukau dengan Roberto Carlos. Bagi saya, dia merupakan pemain bek kiri terbaik sepanjang zaman,” kata Monreal kepada Arsenal Player.

“Pemain terbaik (di dunia) ialah Lionel Messi – dia melakukan segalanya tampak mudah. Dia memiliki segala-galanya di almarinya, semua pemain akan melihat kepadanya. Dia melakukan sesuatu yang orang lain tidak mampu lakukan dan dia merangkumi bola sepak dan merangkumi kesempurnaan.”

Nacho-Monreal-vs-SunderlandSementara itu, Nacho Monreal berharap dapat menjulang trofi bersama sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Ketibaan bek kiri berusia 26 tahun itu dilihat berjaya memberi kesan kepada barisan pertahanan The Gunners menyaksikan Arsenal berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 2 perlawanan.

“Saya diminta untuk bertahan dengan baik dan bukan untuk menjaringkan gol,” ungkap Monreal.

“Ketika saya mara ke hadapan dan melakukan assist, saya seolah-olah telah menjaringkan gol. Jadi itu merupakan satu kepuasan besar bagi saya.”

“Saya tidak mahu merungut mengenai karier saya namun saya mahu menjulang kejuaraan dan saya harap dapat melakukannya bersama Arsenal,” kata bek kiri berusia 26 tahun itu.

This entry was posted in Coretan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply