[CORETAN] HANYA ARSENAL DI HATI TONY ADAMS

tony-adams-highburyLagenda Arsenal, Tony Adams mendedahkan bahawa dirinya pernah dua kali menerima tawaran untuk menyertai Sir Alex Ferguson di Manchester United. Bekas pertahanan antarabangsa England yang digelar sebagai Mr. Arsenal itu telah beraksi sebanyak 669 perlawanan bersama The Gunners dengan membantu menjulang 10 kejuaraan utama dalam tiga dekad yang berbeza sebelum mengumumkan persaraannya pada Mei 2002.

Tony Adams menyertai Arsenal sejak remaja lagi dan telah mendapat debut dalam skuad utama pada 5 November 1983 ketika berusia 17 tahun. Bekas tonggak pertahanan Arsenal ini dipilih selaku Pemain Arsenal ke-3 Terbaik Sepanjang Zaman berdasarkan sumbangan dan pencapaiannya. Pada 9 Disember 2011, Arsenal telah mengumumkan tugu Tony Adams di luar Stadium Emirates bersama tugu pengurus lagenda, Herbert Chapman dan penyerang terbanyak Arsenal sepanjang zaman, Thierry Henry sempena ulang tahun Arsenal ke-125.

“Alex (Ferguson) datang dua kali,” kata Tony Adams kepada Goals on Sunday.

“Kali kedua pada 1996 ketika kelab dalam situasi yang rumit. Kami tidak mempunyai pengurus ketika itu dan saya tidak tenang.”

“Kami tidak menenangi kejuaraan untuk tempoh 18 bulan dan saya merupakan seseorang yang sering berbicara mengenai cita-cita mereka.”

“Mujurlah David Dein dan Daniel Fiszman datang ke kelab dan menyuntik dana kepada kelab. Mereka berkata mereka mahu memenangi kejuaraan. Dennis Bergkamp datang, David Platt menyertai kelab ini dan mereka berkata ini adalah kelab yang penuh dengan cita-cita.”

“(Pertama kali) Bryan Robson datang kepada saya dan saya fikir hanya £75,000 dan saya telah ditawarkan £90,000 untuk ke Old Trafford.”

“Pada ketika itu, saya merupakan budak London dan saya berasa sedikit takut dalam beberapa hari. Mereka telah memberi ketakutan kepada saya dan saya sangat selesa di Arsenal.”

“Kehidupan saya di luar padang tidak hebat pada ketika itu dan perubahan mungkin agak menakutkan.”

arsenal-tony-adam-vs-david-beckhamTony Adams mengakui sangat jarang seseorang pemain itu menghabiskan keseluruhan karier nya bersama satu kelab dan mengakui rekod penampilannya bersama Arsenal sukar diatasi. Sepanjang bersama Arsenal, bekas pemain pertahanan ini telah melakukan 669 penampilan (kedua terbanyak selepas David O’leary). Malah, pemain yang digelar sebagai Mr. Arsenal ini tidak berfikir untuk meninggalkan kelab yang juga kampung halamannya.

“Ia merupakan kelab yang sangat istimewa bagi saya,” katanya.

“Ia merupakan sebuah kelab yang besar dan saya rasa saya tidak perlu pergi ke mana-mana lagi. Mereka sangat bercita-cita besar dan mahu memenangi kejuaraan. Saya mendapat bayaran yang baik, jadi kenapa saya harus pergi.”

“Saya merupakan ‘anak London’ dan saya tidak melihat kelab lain yang lebih besar di dunia selain Arsenal,” kata Tony Adams lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply