[CORETAN] GEORGE GRAHAM LEBIH BAIK DARI ARSENE WENGER

Tony-Adams-George-Graham-Alan-SmithLagenda Arsenal, Tony Adams percaya bekas pengurus George Graham merupakan jurulatih yang lebih baik dan menjadikan pemain lebih menyerlah berbanding Arsene Wenger. Bekas kapten Arsenal itu menjulang 2 kejuaraan liga bersama Graham dan 2 kejuaraan berganda bersama Wenger namun dia percaya pengurus berbangsa Scotland itu lebih menyemarak selaku jurulatih dan mempunyai keinginan untuk mendapatkan bakat-bakat terbaik yang menjadinya menyerlah.

“Bukan tidak menghormati Arsene, tetapi kemampuan kejurulatihan George, struktur pertahanan dan kemahiran teknikalnya bagi saya jauh lebih baik,” kata Adams kepada Dailymail.

“Bukan tidak berlaku adil kepada Arsene, tetapi kekuatannya di mana George memiliki kekuatan tersendiri. Mereka mengatakan jurulatih klon terbaik dan saya rasa dia merupakan klon daripada Terry Venables.”

arsene-wenger-tony-adams-trophy“Saya rasa Arsene Wenger merupakan pakar fisiologi dan psikologi yang hebat. Mereka memiliki kelebihan dalam bidang tersendiri. Saya menyukai mereka dan menghormati sebagai seorang pemain sepanjang bekerja di bawah mereka.”

“George merupakan jurulatih yang cemerlang – Saya rasa saya telah memenangi 6 atau 7 kejuaraan bersamanya termasuk juara Piala Eropah menentang Parma dengan pasukan termasuk Ian Selley dan David Hillier di bahagian tengah serta Steve Morrow di barisan pertahanan.”

arsenal-lagend-tony-adamsBekas pemain pertahanan tengah yang digelar Mr. Arsenal itu mengakui Arsenal merupakan satu-satu kelab yang bertahta di hatinya sejak memulakan karier ketika berusia 14 tahun sebelum mengumumkan persaraan pada Mei 2002 selepas menghabiskan 3 dekad bersama The Gunners.

Tony Adams mengakui dirinya mengakui tdak mempunyai aspirasi untuk kembali ke Stadium Emirates dan mengakui pencapaian di Highbury sentiasa menjadi kebanggaannya.

“Saya sangat menyayangi Arsenal dan sentiasa bangga berjalan menuju pintu keluar (masuk ke padang) sebagai pemain Arsenal,” kata bekas pemain berusia 46 tahun itu.

“Jika saya kembali ke sana ia merupakan satu bencana, saya mungkin menjadi bencana sebagai pengurus dan bukannya sebagai pemain.”

“Namun, saya tidak takut untuk kembali suatu hari nanti dan melakukan dengan cara saya yang tersendiri – sama ada baik atau buruk,” kata Tony Adams lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply