[CORETAN] CARL JENKINSON SEORANG GOONERS SEJATI

Carl-Jenkinson-Arsenal-big-fanCarl Daniel Jenkinson merupakan antara prospek masa depan Arsenal dan England. Pemain pertahanan berusia 21 tahun ini menyertai Arsenal dari Charlton Athletic dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan namun dianggarkan bernilai £1 juta pada Jun 2011. Pemain pertahanan berketinggian 1.86m ini memiliki 1 caps antarabangsa The Three Lions semakin menjadi pujaan penyokong-penyokong The Gunners.

Bintang muda Arsenal ini dilahirkan di Harlow, England pada 8 Februari 1990 dan memiliki darah Inggeris (bapa) dan Finland (ibu). Carl Jenkinson merupakan seorang penyokong setia Arsenal sejak kecil lagi dengan memiliki pelbagai memori-memori indah. Carl Jenkinson masih mengingati tatkala bapanya membawa dia dan abangnya untuk menyaksikan perlawanan dan berjalan kaki melintasi Finsbury Park ke Highbury.

Carl Jenkinson sangat menyukai ‘cheese bagels’ yang dijual pada separuh masa di stadium lama Arsenal dan masih mengingati di mana Arsene Wenger menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama bersama The Gunners pada 1998 ketika dirinya berusia 8 tahun. Perbezaan antara puluhan ribu yang menonton perlawanan setiap minggu di mana pemain berusia 21 tahun merasai perubahan dari Stadium Highbury.

highbury-arsenal-stadium-in-history“Saya masih mengingati penjual kacang di Highbury di mana menjualnya di dalam beg. Lucunya, saya tidak pernah melihatnya di Stadium Emirates,” kata Jenkinson.

“Ketika saya bermain dalam kejohanan 5 sebelah, bapa saya berkata dia mendapat kad daripada skuad peninjau Chelsea namun saya masih menanti panggilan dari Arsenal sahaja. Ia tidak pernah terjadi.”

Carl Jenkinson masih menyimpan batu yang terukir dalam ingatan mendiang datuknya di luar Armoury Square manakala bapanya pula masih memegang tiket semusim di Stadium Emirates walaupun mengubah kedudukan untuk mudah melihat aksi bek kanan Arsenal itu. Kecederaan yang dialami oleh Bacary Sagna menyaksikan Jenkinson mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama. Chelsea, Spurs dan Wimbeldon turut berminat mendapatkan pemain muda England itu.

Anak kelahiran Harlow, Essex ini menyertai Charlton Athletic ketika berusia 7 tahun dan membina karier bersama seorang lagi  bakat sensasi Essex, Jonjo Shelvey. Jenkinson dibesarkan di Buckhurst Hill di mana pada musim panas dia bertukar daripada pemain bola sepak menjadi atlet olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara 100m dan 400m. Jenkinson turut menyertai trip tahunan ke Finland, kampung kelahiran ibunya yang banyak memainan peranan dalam karier bola sepaknya.

Carl-Jenkinson-Arsenal-vs-Fernando-Torres-ChelseaIbunya, Hayde berasal dari sebuah perkampungan yang terletak 20 batu dari timur Helsinki dan telah berhijrah ke London untuk berkerja di mana telah dipertemukan dengan Steve yang akhirnya berkahwin. Carl Jenkinson dan abangnya, Marc membesar dalam keluarga Inggeris-Finland. Marc Jenkinson menamatkan pengajian di Universiti Loughborough dengan memperoleh ijazah kelas pertama dalam bidang kejuruteraan kimia.

“Pada ketika ini, saya hanya mahu fokus untuk membangunkan karier saya di Arsenal dan saya mahu membina jambatan kejayaan saya,” katanya.

“Itu sahaja yang ingin saya katakan. Apabila ia datang saya mempunyai masa untuk berfikir dan melihat apa yang boleh saya lakukan.”

Pemain berusia 21 tahun ini mendapat debut bersama Arsenal pada 16 Ogos 2011 ketika menentang Udinese dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Carl Jenkinson turut beraksi ketika Arsenal dimalukan oleh Manchester United di Old Trafford menyaksikan bek kanan muda Arsenal telah dibuang padang.

carl-jenkinson-red-card“Perlawanan menentang United merupakan hari yang menyakitkan kepada kelab dan saya tetapi ia telah terjadi. Ia tidak boleh diubah tetapi kami belajar sesuatu,” kata Jenkinson.

“Kita tidak boleh mengubah perkara yang lepas. Saya telah belajar banyak perkara. Saya melihat diri saya di hadapan cermin selepas perlawanan di mana saya harus mempertingkatkan prestasi. Tetapi itu membuatkan saya menjadi pemain yang lebih baik dalam jangka masa panjang.”

“Orang menyatakan saya dibawa masuk dalam situasi sukar dan ia seperti perkara yang buruk tetapi saya ditandatangani selaku pilihan kedua bek kanan. Sagna mengalami kecederaan. Saya dipertanggungjawapkan untuk beraksi dan saya tidak berkasi dengan baik.”

Carl-Jenkinson-Arsenal-dreamPada musim 2010/11, Jenkinson berjaya memecah tembok untuk beraksi dalam skuad utama bimbingan Phil Parkinson selepas kembali dari tempoh pinaman bersama Eastbourne. Dalam perlawanan kedua bersama Charlton Athletic di Hartlepool dalam saingan liga. Sebelum menyertai Arsenal, saya hanya beraksi dalam 9 perlawanan bersama Charlton Athletic. Pengurus akademi Charlton, Steve Avory menukarkan saya daripada central midfielder kepada center-back.

“Apabila Arsenal menandatangani saya menyebabkan saya di awangan. Saya sedikit keliru,” kata Jenkinson.

“Itu merupakan impian saya. Saya hanya mahu bermain dengan kelab yang saya sokong (sejak kecil). Ini merupakan satu kejutan dalam hidup saya dan sangat gembira bila Arsenal datang untuk menandatangani saya.”

“Terdapat beberapa kelab besar yang berminat dengan saya. Tiada satu pun yang sama . Apabila saya tahu Arsenal berminat mendapatkan saya, tiada kelab lain yang saya mahu pergi.”

“Saya mempunyai pelbagai memori tetapi berada di sini (Arsenal) merupakan memori indah kerana ia merupakan hari yang sangat baik bagi saya, bapa dan abang saya.”

Carl-Jenkinson-is-Arsenal-fanBapa dan datuk saya yang menjadikan saya seorang penyokong Arsenal dan itu terbukti dengan dekorasi bilir tidur saya yang bertemakan Arsenal.

“Terdapat sesuatu yang mengecewakan saya kerana datuk saya tidak dapat melihat saya menyarung jersi Arsenal. Ayah dan datuk saya merupakan seorang penyokong tegar Arsenal.”

“Saya merupakan penyokong kelab ini dan saya tidak pernah berubah. Saya sangat bertuah diberi peluang beraksi di sini.”

“Dahulunya, saya hanya menyaksikan perlawanan Arsenal. Kini saya cukup bertuah dapat mewakili Arsenal dan menjadi sebahagian daripada kelab ini. Peluang tidak datang selalu, saya berasa sangat gembira,” kata Jenkinson lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply