[CORETAN] ANDREY ARSHAVIN RUSSIAN NEXT TOP MODEL

Andrei-Arshavin-Russian-ArsenalLantaran bosan di bangku simpanan, Andrey Arshavin mulai menunjukan minat untuk menceburi bidang peragaan (modeling). Bekas kapten antarabangsa Russia itu merupakan pemain termahal Arsenal apabila melengkapkan perpindahan dari Zenit St. Petersburg dengan yuran perpindahan £16.1 juta pada 31 Januari 2009. Andrey Arshavin berjaya menampilkan aksi yang memberansangkan dalam 2 musim pertama bersama The Gunners.

Masa depan Arshavin kian suram sejak dua musim kebelakangan ini selepas jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Arsenal. Pemain berusia 31 tahun itu hanya beraksi 2 kali dalam kesebelasan utama dalam saingan Piala Capital One dan 7 kali selaku pemain gantian dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Sementara itu, kariernya bersama skuad kebangsaan Russia juga semakin tertutup sejak Fabio Capello mengambil alih tugas selaku pengurus baru sejak Julai 2011.

andrey-arshavin-next-top-modelLantaran itu, Arshavin mula menceburi bidang peragaan dengan bergambar dalam potret model fesyen yang digelar ‘Top Model’. Meskipun bukan sebagai model professional, namun gambar Arshavin telah disebarkan menerusi sofoot.com tetapi tidak dipastikan siapa agen kepada pemain berusia 31 tahun ini. Namun, beberapa kelab dari Russia dilaporkan berminat mendapat khidmat Arshavin kerana jendela perpindahan liga Russia belum ditutup.

This entry was posted in Coretan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply