[BULETIN] PATRICK VIERA BAKAL KEMBALI KE PANGKUAN ARSENAL?

patrick_viera_manchester_cityLagenda Arsenal, Patrick Vieira dikaitkan dengan kepulangan ke Arsenal bagi mengisi kekosongan selaku Ketua Pembangunan Remaja dan Akademi. Hujung bulan lalu, Liam Brady mengumumkan untuk meninggalkan tugasan selaku Ketua Pembangunan Remaja dan Akademi Arsenal pada Mei 2014. Lantaran itu, pengurusan Arsenal kini sedang berusaha mencari penganti bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Brady.

Patrick Vieira telah memulakan karier bersama Arsenal pada September 1996 selepas mengharungi musim-musim suram di AC Milan. Bersama The Gunners, Patrick Vieira telah beraksi dalam 406 penampilan dengan membantu menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 Piala FA dan 4 Perisai Komuniti sepanjang 9 musim sebelum meninggalkan Arsenal pada 14 Julai 2005.

Bekas kapten Arsenal berusia 36 tahun itu berkhidmat selaku Eksekutif Pembangunan Bola Sepak Manchester City sejak 2011. Selain Vieira, seorang lagi lagenda Arsenal, Dennis Bergkamp turut disebut-sebut selaku penganti kepada Liam Brady. Arsenal kini berusaha untuk mendapatkan penganti berkaliber bagi meneruskan legasi pembangunan remaja di Arsenal yang berjaya melahirkan bakat-bakat muda seperti Jack Wilshere, Keiran Gibbs, Ashley Cole dan ramai lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply