[BULETIN] UNDIAN SUKU AKHIR KEJOHANAN NEXTGEN SERIES 2013

arsenal-beat-athletic-bibao-nextgen-seriesSkuad muda Arsenal bakal menjadi tuan rumah kepada CSKA Moskow atau PSV Eindhoven pada suku akhir Kejohanan NextGen Series jika berjaya menewaskan Inter Milan pada perlawanan pusingan kedua. The Gunners akan menghadapi perlawanan peringkat 16 pasukan terbaik dan bakal bertemu dengan pemenang di Stadium Breda pada 6 Mac ini sama ada wakil Russia atau kelab yang berpangkalan di Eindhoven, Belanda.

NextGen Series merupakan kejohanan bola sepak yang menghimpunkan barisan bintang-bintang masa depan daripada 24 akademi kelab elit bola sepak Eropah. Kejohanan ini berperanan memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda berusia bawah 19 tahun menunjukkan aksi dan menyerlahkan bakat dalam saingan yang penuh dengan cabaran di mana mula diperkenalkan buat kali pertama pada 2011 dengan Inter Milan menjadi juara pertama kejohanan ini.

Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung dalam satu pusingan sahaja dengan masa tambahan dan penentuan sepakan penalti jika kedudukan kedua-dua pasukan terikat selepas 90 minit. Sementara itu, perlawanan suku akhir bakal berlangsung secara timbal balik pada 18 dan 21 Mac ini. Berikut merupakan undian penuh saingan suku akhir Kejohanan NextGen Series.

Inter Milan /ARSENAL vs CSKA / PSV
Tottenham Hotspur vs Sporting CP
Chelsea vs Juventus /Rosenborg
Aston Villa vs Olympiacos / Anderlecht

This entry was posted in Buletin and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply