[BULETIN] TUGAS SUKAR ARSENAL MENENTANG BLACKBURN, BAYERN

Liverpool vs ArsenalArsenal berdepan dengan krisis kecederaan di barisan pertahanan menjelang 2 perlawanan penting menentang Blackburn Rovers dan Bayern Munich. Situasi jelas akan menjejaskan persembahan Arsenal dalam misi memburu kejuaraan musim ini. The Gunners akan menghadapi Blackburn Rovers dalam pusingan kelima Piala FA pada 16 Feb ini dan menanti kunjungan Bayern Munich dalam pusingan kalah-mati Liga Juara-Juara Eropah tiga hari berikutnya di Stadium Emirates.

Arsenal Wenger terlepas khidmat bek kiri England, Kieran Gibbs untuk 4-5 minggu akan datang selepas mengalami kecederaan paha ketika menentang Liverpool hujung bulan lalu sementara kapten pasukan, Thomas Vermaelen pula sedang bergelut dengan kecederaan buku lali dan dijangka terlepas aksi menentang Blackburn Rovers dan Bayern Munich. Vermaelen terpaksa diberi suntikan anti-inflammatory untuk mengurangkan kesakitan dan mengelakan daripada menjalani pembedahan buku lali.

Sementara itu, Laurent Koscielny mengalami kecederaan betis semasa aksi persahabatan antarabangsa pertengahan minggu lalu dan turut terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Sunderland kelmarin. Namun, pertahanan tengah Perancis itu dilaporkan sempat cergas menjelang perlawanan menentang Blackburn hujung minggu ini tetapi kemungkinkan besar akan direhatkan bagi menghadapi Bayern Munich.

Jack-Wilshere-injured-vs-SunderlandArsenal turut cemas apabila pemain muda sensasi, Jack Wilshere terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika menentang Sunderland kelmarin kerana mengalami kecederaan. Namun, kecederaan paha yang dialaminya tidak serius dan perlu berehat untuk tempoh 4-5 hari sebelum sedia untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Blackburn. Pemain tengah versetail, Francis Coquelin pula sudah cergas sepenuhnya selepas berehat hampir sebulan kerana kecederaan hamstring.

Dalam perlawanan hujung minggu ini menentang Blackburn, Wenger dijangka merehatkan beberapa tonggak dengan Koscielny dan Wilshere tidak akan diturunkan bagi memberi rehat yang cukup menjelang aksi menentang Bayern Munich. Santi Cazorla, Lukas Podolski dan Theo Walcott kemungkinan besar juga akan direhatkan bagi memberi laluan kepada Aaron Ramsey, Gervinho serta Oxlade-Chamberlain untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

theo-walcott-arsenal-free-kickArsenal dijangka akan menggunakan khidmat bek tengah muda, Ignasi Miguel bagi mengisi posisi bek tengah andai Wenger mahu meletakan Bacary Sagna kembali ke posisi bek kanan. Namun, jika Sagna sekali lagi diberi peluang bergandingan bersama Mertesacker selaku pertahanan tengah, Nico Yennaris atau Francis Coquelin dilihat antara calon terbaik bagi mengisi posisi bek kanan selepas Carl Jenkinson tidak dapat diturunkan kerana menjalani pengantungan 1 perlawanan ekoran layangan kad merah ketika menentang Sunderland.

Menjelang aksi menentang Bayern Munich, Arsenal dijangka dapat menurunkan kesebelasan terbaik lantaran beberapa pemain seperti Wilshere, Koscielny dan kemungkinan Vermaelen cergas sepenuhnya dan sedia untuk diturunkan. Beberapa tonggak yang kemungkinan akan direhatkan dalam perlawanan menentang Blackburn Rovers dilihat bakal memberikan Arsenal lebih bersedia menghadapi pasukan kental seperti Bayern Munich. COYG.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply