[BULETIN] REAL BETIS MAHU SIMPAN JOEL CAMPBELL SEMUSIM LAGI

Getafe-vs-Betis-Joel-CampbellPenyerang muda Arsenal, Joel Campbell menikmati musim pinjamannya bersama kelab La Liga, Real Betis dan mengakui akan mempertimbangkan untuk tinggal di Sepanyol sekali lagi apabila perjanjian pinjamannya yang bakal berakhir pada akhir musim ini. Pemain berusia 20 tahun itu menyertai The Gunners pada 2011 dan menghabiskan masa di FC Lorient di Perancis sebelum menyertai Real Betis musim ini.

Joel Campbell telah menjaringkan 7 gol dalam 20 caps antarabangsa bersama Costa Rica dan turut memiliki kemampuan beraksi dengan baik selaku pemain sayap dan attacking midfielder. Pemain kelahiran San Jose, Costa Rica ini masih belum menerima permit kerja untuk bermain di England serta belum diberi lampu hijau oleh Arsene Wenger untuk memanggilnya beraksi bersama Arsenal musim depan.

“Untuk berada dalam sebuah negara seperti Sepanyol, bermain di liga ini sangat bermakna,” beritahu Joel Campbell kepada EL Desmarque.

“Saya mahu terus bermain dengan baik dan terusArsenal-wonderkid-Joel-Campbell berkembang sebagai pemain bola sepak. Saya akan memberi tumpuan sehingga Jun dan kita lihat apa yang berlaku selepas itu.”

“Arsenal perlu bertanggungjawab ke atas apa yang saya lakukan. Saya juga ingin untuk bermain untuk mereka (Arsenal),” kata pemain berusia 20 tahun itu lagi.

Musim ini, Joel Campbell telah beraksi dalam 17 permulaan dan 3 kali selaku pemain simpanan dengan menjaringkan 2 gol serta 1 assist bersama Real Betis.

Sementara itu, Real Betis mendedahkan mahu menyimpan Campbell untuk tempoh semusim lagi selepas berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh penyerang muda Arsenal itu. Pengurus kelab, Pep Mel dan presiden, Miguel Guillén akan terbang ke London untuk mengadakan perbincangan bersama Arsenal.

“Dalam masa tedekat, kami akan terbang ke London untuk bertanya kepada Arsenal mengenai tahun pinjaman kedua Campbell,” kata Pep Mel dalam crlegionarios.com.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply