[BULETIN] LAGENDA ARSENAL, ROBERT PIRES KINI DI INDONESIA

robert-pires-in-jakarta-indonesiaLagenda Arsenal, Robert Pires kini dalam siri jelajah ke Asia bagi mempromosikan jelajah Arsenal Asia Tour 2013 ke beberapa negara Asia termasuk China dan Indonesia. Skuad bimbingan Arsene Wenger ini telah mengunjungi beberapa negara-negara Asia termasuk Malaysia, Thailand, China dan Hong Kong dalam dua siri jelajah Asia pada tahun 2011 dan 2012. Bekas bintang tengah Arsenal itu kini berada di Jakarta mengakui teruja dengan sambutan hangat dan luar biasa oleh penyokong-penyokong di Indonesia.

“Saya baru tiba semalam dari London. Saya sangat gembira berada di sini kerana negara ini sangat indah, terdapat banyak pulau-pulau yang cantik seperti di Bali, makanan yang sedap serta wanita-wanita yang cantik,” kata Robert Pires dalam satu rancangan tempatan di sana.

“Perkembangan bola sepak di Indonesia sangat luar biasa. Penduduk di sini sangat sukakan bola sepak dan pastinya juga Arsenal.”

Menurut pemain berusia 39 tahun itu, Indonesia dipilih sebagai destinasi siri jelajah pra-musim Arsenal kerana memiliki ramai pemain-pemain berbakat serta penyokong-penyokong fanatik yang ramai. Selain Pires, Theo Walcott dijadualkan akan berkunjung ke Beijing, China bagi mempromosikan siri jelajah pra-musim. Robert Pires akan melakukan klinik bola sepak dan bertemu dengan peminat-peminat di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta petang ini sebelum bertolak ke Beijing pada sebelah malam

Arsenal-lagend-in-Indonesia-2013Buat pertama kali, bekas bintang tengah Arsenal itu turut membawa serta trofi penghargaan untuk pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 20 tahun yang dianugerahkan kepada The Gunners yang berjaya menjulang kejuaraan liga tanpa kalah pada musim 2003/04. Arsenal juga turut meleburkan rekod The Invincibles milik Nottingham Forest dengan 42 perlawanan tanpa kalah apabila melebarkan kepada 49 perlawanan liga tanpa kalah pada musim 2003-04 hingga awal musim 2004-05.

Robert Pires juga merupakan sebahagian pemain Arsenal yang menjulang kejuaraan The Invincibles pada 2003/04 bersama-sama Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Freddie Ljungberg, Sol Campbell, Patrick Vieira, dan Jens Lehmann. Selain itu, bekas pemain kelahiran Reims, Perancis ini turut merangkul kejuaraan Piala Dunia 1998 dan EURO 2000 bersama skuad kebangsaan Perancis.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply