[BULETIN] KEHADIRAN NACHO MONREAL BUKAN PEMBELIAN CEMAS

Nacho-Monreal-training-at-London-ColneyKetibaan bek kiri Sepanyol, Nacho Monreal dikatakan sebagai ‘pembelian cemas’ Arsenal pada saat-saat akhir jendela perpindahan ekoran kecederaan yang menimpa Kieran Gibbs dan prestasi kurang menyakinkan oleh Andre Santos. The Gunners bakal kehilangan Kieran Gibbs untuk tempoh 4 hingga 6 minggu selepas mengalami kecederaan paha ketika perlawanan menentang Liverpool pada Rabu lalu. Namun, berdasarkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Graham Hunter di Sky Sport menyatakan sebaliknya.

“Perbincangan mengenai perpindahan Monreal ke Arsenal telah bermula sebelum Gibbs mengalami kecederaan. Secara teknikalnya, itu bukan merupakan ‘panic buying’.”

“Arsenal telah melakukan perbincangan dengan wakil Monreal selama berbulan-bulan. Pada awalnya, Monreal dijangka akan berpindah ke Arsenal pada musim panas ini. Kecederaan Gibbs telah mempercepatkan perpindahannya.”

Sementara itu, John Cross dari Mirror turut senada dengan Hunter : “Arsenal telah memantau Monreal sejak beberapa lama. Ini bukan ‘panic buying’. Perpindahan itu berlaku pada hari terakhir jendela perpindahan kerana perubahan keadaan yang memaksa situasi ini terjadi.”

Ignacio-Monreal-Eraso-Spanish-defenderPengurus Arsenal turut mengalu-alukan ketibaan pertahanan antarabangsa Sepanyol itu dan yakin Monreal memiliki kualiti yang mampu menyesuaikan diri dengan gaya permainan dengan cepat. Nacho Monreal menyertai Arsenal pada saat-saat akhir jendela perpindahan dari Malaga CF dengan yuran perpindahan yang dirahsiakan. Pemain bek kiri berusia 26 tahun merupakan pilihan kedua dalam skuad La Roja selepas Jordi Alba dan memiliki 9 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

“Skuad peninjau kami mengikuti perkembangannya sejak awal lagi dan tentunya kami dipengaruhi oleh kecederaan di mana ia lebih cepat dari jangkaan,” kata Arsene Wenger.

“Kami menjangkakan (Gibbs diketepikan) 2-3 minggu tetapi ia akan menjadi 4-6 minggu. Jadi, kami berada di situasi yang memerlukan kami membuat keputusan yang cepat. Itu menjelaskan mengenai pembelian ini.”

“Kami membawa Monreal selaku bek kiri tetapi di juga turut mampu beraksi dengan baik selaku pemain midfielder kiri. Kami membawanya kerana percaya dia mampu berintergarasi diri dengan gaya permainan kami dan menyesuaikan diri dengan cepat.

“Dia memiliki karakter untuk permainan kami kerana dia mampu bergerak pantas, memiliki kaki kiri yang baik dan sangat bagus untuk kombinasi permainan kami. Itu penting untuk permainan kami.”

Arsenal+v+Southampton++Premier+LeagueDalam masa yang sama, Arsene Wenger mengakui Arsenal hampir berjaya mendapat seorang lagi pemain sebelum jendela perpindahan ditutup pada malam Khamis lalu namun gagal menyelesaikannya ekoran masalah berbangkit. Pengurus Arsenal itu tetap yakin dengan kemampuan pasukan bimbingannya dan berharap dapat menambah beberapa pemain pada musim panas nanti bagi mengukuhkan skuad sedia ada.

“Kami hampir mendapatkan satu lagi tandatangan. Ia tidak terjadi kerana kelabnya tidak mahu menjualnya,” kata Arsene Wenger menerusi arsenal.com.

“Ini tiada kaitan dengan masalah kewangan, ia lebih kepada keinginan kelab untuk mengekalkan pemain mereka.”

“Saya percaya bahawa kami memiliki kualiti yang terbaik dan mahu membuktikannya sehingga ke penghujung musim.”

“Kami mempunyai beberapa aspek dalam permainan kami untuk diperbaiki dan bagaimana kami akan aktif di pasaran perpindahan pemain pada musim panas nanti ditentukan oleh apa yang kami mampu lakukan sehingga ke penghujung musim ini,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply