[BULETIN] JACK WILSHERE SUMBANG £5,000 UNTUK DANA GASCOIGNE

Paul-Gascoigne-England-1990Bintang muda Arsenal, Jack Wilshere telah menymbang sebanyak £5,000 untuk dana bagi membiayai kos perubatan lagenda bola sepak England, Paul Gascoigne. Bekas bintang bola sepak England berusia 45 tahun itu sedang menjalani rawatan susulan selepas dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi di Rhoenix, Arizona minggu ini kerana mengalami masalah kesihatan ekoran penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.

Kebelakangan ini, Jack Wilshere yang sering disebut-sebut sebagai ‘New Gascoigne’ lantaran mempunyai gaya permainan yang hampir sama dengan lagenda England itu. Pemain berusia 21 tahun memaklumkan bahawa sumbangan itu sebagai tanda sokongan terhadap bekas pemain Tottenham Hotspurs yang kini bergelut dengan masalah kesihatan.

“Saya mahu lakukan apa yang termampu,” kata Wilshere kepada The Sun baru-baru ini.

“Dia mengubah bola sepak dan merupakan seorang pemain yang memberi inspirasi. Saya dibesarkan dengan menonton video ayah saya mengenai Gazza dan Italia 90.”

“Saya mahu melakukan apa sahaja untuk membantu dia menghadapi saat-saat sukar ini,” kata Wilshere lagi.

Sementara itu, bekas kapten England, John Terry juga merupakan antara bintang bola sepak yang berusaha mengumpul dana bagi membiayai lagenda England yang digelar ‘Gazza’ itu. Kapten Chelsea itu menyifatkan Paul Gascoigne sebagai wira negara atas pencapaian dan sumbangan besarnya terhadap pembangunan bola sepak England.

“Di Italia 90, Gazza menjadi wira saya dan negara. Persembahan dan kebanggaannya menyerlah dan saya sangat menikmati permainan beliau semasa saya membesar,” kata John Terry.

“Marilah kita semua membantu salah seorang pemain yang terhebat di England yang kini menjalani rawatan pemulihan.”

Bekas bintang England, Gary Lineker dan Alan Shearer serta pemain-pemain England yang lain seperti Wayne Rooney, Steven Gerrard dan Frank Lampard turut menyumbangkan dana untuk menampung kos perubatan Gascoigne. Bekas pemain berusia 45 tahun itu kini masih dalam kawalan rapi lantaran mengalami beberapa komplikasi namun keadaan sudah beransur stabil. FA England telah berjaya mengumpukan derma sejumlah £40,000 untuk membiayai kos perubatan Gascoigne.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply