[BULETIN] INDIO JALANI LATIHAN PERCUBAAN BERSAMA ARSENAL

Matheus-da-Cunha Gomes-Vaco-da-GamaArsenal telah membuka peluang buat wonderkid kelahiran Brazil, Indio menjalani latihan percubaan selama seminggu. Pemain muda berbakat dari kelab Brazil, Vasco da Gama berjaya memikat pencari-pencari bakat Arsenal dan dilihat bakal mengikut jejak langkah Alex Oxlade-Chamberlain berhijrah ke Stadium Emirates ketika berusia 16 tahun. Indio atau nama sebenar Matheus da Cunha Gomes mengakui gembira dan bertuah kerana diberi peluang mempamerkan bakat bersama kelab besar seperti Arsenal.

“Saya sangat sukakan (Walcott). Gaya permainannya sangat pantas di mana saya sangat senang (melihat Walcott),” kata Indio kepada Globo Esporte.

“Saya sangat khuatir dengan peringkat baru dalam kehidupan saya. Saya menghabiskan seminggu di Arsenal. Situasi sangat menarik, saya sangat gembira.”

“Sudah tentu saya mempunyai impian bermain untuk kelab di Eropah tetapi segala-galanya mempunya masa yag sesuai. Saya akan mendapat pengalaman yang baik. Saya mahu lebih belajar,” kata pemain berusia 16 tahun itu lagi.

Arsene Wenger sememang terkenal dengan polisi mencungkil bakat-bakat muda menjadi pemain bintang dilihat bersedia untuk membawa Indio ke Arsenal. Namun, pemain remaja Vasco da Gama ini masih berada di bawah umur dan terpaksa menunggu umur 18 tahun untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris. Namun, sehingga kini belum ada sebarang perjanjian dimetrai antara kedua-dua pihak di mana Vasco da Gama masih belum menerima sebarang tawaran dari Arsenal

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply