[BULETIN] OLIVIER GIROUD PEMAIN TERBAIK BULAN JANUARI

Olivier-Giroud-potm-January-2013Olivier Giroud telah dipilih buat pertama kali selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan Januari selepas mempamerkan persembahan sensasi sepanjang bulan lalu. Penyerang antarabangsa Perancis itu menunjukan peningkatan memberansangkan sejak menyertai Arsenal dari Montpellier pada musim panas lalu dengan menjaringkan 5 gol dalam 3 perlawanan sepanjang Januari lalu.

Penyerang berusia 26 tahun ini berjaya menjaringkan 2 gol ketika menentang West Ham United serta meledak 2 lagi gol ketika menetang Brighton and Hove Albion dalam saingan Piala FA pada pusingan ke-4. Olivier Giroud sekali lagi menemui sentuhan golnya menerusi tandukan serta menghasilkan satu assist buat Theo Walcott dalam perlawanan menentang Liverpool pada hujung bulan lalu.

Berdasarkan undian, Olivier Giroud menerima 40.9% undian disaingi hebat oleh bintang muda Arsenal, Jack Wilshere yang memperolehi 34.2% di tempat kedua. Theo Walcott pula berada di tempat ketiga dengan memperoleh 11.4% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman sesawang rasmi www.arsenal.com.

Sementara itu, jaringan jarak jauh Lukas Podolski ketika membantu Arsenal membenam The Hammers 5-1 dipilih selaku Gol Terbaik Bulan Januari. Jaringan Podolski menerusi rembatan dari jarak 25 ela ini memperoleh 31% undian mengatasi gol sepakan volley Kieran Gibbs ketika menentang Swansea City di tempat kedua dengan 25% undian. Manakala jaringan Jack Wilshere ketika menentang Swansea City berada di tempat ketiga.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply