[BULETIN] BENIK AFOBE, SAMUEL GALINDO MENINGGALKAN ARSENAL

Benik-Afobe-with-England-U-20Prospek masa depan Arsenal, Benik Afobe telah bersetuju menyertai kelab Liga Kejuaraan, Millwall secara pinjaman sehingga ke penghujung musim 2012/13. Penyerang berusia 19 tahun merupakan sebahagian daripada skuad Arsenal dalam jelajah pra-musim Asia Tour 2012. Pemain kelahiran Leyton, London telah menghabiskan tempoh pinjaman selama 6 minggu bersama Bolton Wanderers dengan melakukan 23 penampilan serta menjaringkan 3 gol.

Benik Afobe menyertai akademi Arsenal ketika berusia 6 tahun pada 1 Mei 2001 dan telah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal pada Februari 2010. Penyerang muda Arsenal ini merupakan sebahagian daripada tonggak utama dalam skuad kebangsaan England B-16, B-17, B-19 dan B-21 dan bakal menyertai skuad Kenny Jackett hujung dalam unsaha meraih pengalaman beraksi dalam skuad utama dalam saingan kompetatif.

Sementara itu, Samuel Galindo turutSamuel-Galindo-join-Arsenal menghabiskan tempoh pinjaman sepanjang musim 2012/13 dalam saingan Liga Bola Sepak Professional Bolivia bersama kelab Deportivo Jorge Wilstermann.

Pemain midfielder berusia 20 tahun ini menyertai Arsenal pada Januari 2010 dari kelab Bolivia, Real America. Kapten skuad kebangsaan Bolivia B-20 ini turut memiliki 2 caps antarabangsa bersama skuad utama Bolivia.

Pemain center midfielder ini telah menghabiskan tempoh pinjaman bersama UD Salamanca sehingga ke penghujung musim 2010/11 dan menyertai kelab Sepanyol, Gimnastic de Tarragona secara pinjaman pada musim 2011/12. Pada musim ini, Galindo turut beraksi dalam 5 perlawanan bersama kelab Divisyen 2 Sepanyol, Club Deportivo Lugo.

Buat Benik Afobe dan Samuel Galindo, selamat maju jaya.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply