[BULETIN] AST MAHUKAN PERUBAHAN DALAM LEMBAGA PENGARAH

arsenal-supporters-trustArsenal Supporters Trust (AST) mempertahankan kedudukan Arsene Wenger sebalik mahu lembaga-lembaga pengarah Arsenal dengan melakukan perubahan dalam kelab dan bukannya menyingkirkan pengurus berbangsa Perancis itu. AST memikul tanggungjawap besar lantaran kemarahan meluap-luap penyokong Arsenal ekoran kegagalan berterusan Arsenal menjulang kejuaraan sejak 7 musim yang lalu.

Hujung minggu lalu, Arsenal tersingkir dari saingan Piala FA selepas tumps 0-1 kepada Blackburn Rovers diikuti dengan kekalahan 1-3 kepada Bayern Munich pada aksi perlawanan pertama 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu lalu. Terdahulu, Arsenal turut tersingkir dari saingan Piala Capital One kepada Bradford selain ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

The Gunners kini semakin hampir untuk menamatkan musim kelapan berturut-turut tanpa sebarang kejuaraan sejak kali terakhir menjulang kejuaraan. AST mahukan barisan lembaga pengarah melihat dan menilai diri mereka sendiri tanpa meletakan sepenuhnya kepada Arsenal Wenger sebagai pengurus Arsenal pada mesyuarat yang akan datang.

stan-kroenke-dan-hill-wood“Lembaga pengara perlu mengkaji lebih mengenai pendekatan daripada kedudukan Arsenal Wenger,” kata jurucakap AST.

“Lembaga pengarah perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan ahli baru dengan memiliki pendedahan terhadap dunia bola sepak yang boleh menyokong dan memberi cabaran kepada Wenger menjadi pengurus yang lebih baik.”

“Ia adalah salah untuk fokus kepada dia (Wenger) pada ketika ini. Setiap pengarah bukan eksekutif kelab ini berusia melebihi 70 tahun dan inilah masa untuk darah muda diperlukan.”

“Kita perlu memanggil Stan Kroenke untuk berjumpa dengan Alisher Usmanov (pemegang saham kedua terbesar) untuk bekerja bagaimana menjadikan kelab ini lebih kuat.”

Penyokong-penyokong bukan sahaja mengakui kelemahan di atas padang tetapi juga di dalam barisan lembaga pengarah yang menjadi kunci kegagalan berterusan The Gunners. Bekas naib pengerusi, David Dein meninggalkan kelab pada 2007 ekoran perbalahan hebat selepas cadangan pengambilalihan oleh Usmanov tidak mendapat sokongan ahli lembaga pengarah. AST mahu Wenger terus kekal dengan kedudukan sekurang-kurangnya hingga ke penghujung musim ini.

“Kedudukan kami ia menilai pengurus pada penghujung musim. Lembaga pengarah perlu bertanya soalan tentang diri mereka sendiri dan bukan hanya kepada pengurus,” kata jurucakap AST lagi.

Arsenal+v+Southampton++Premier+League“Ahli AST tidak gembira dengan situasi semasa. Kami merasakan kelab perlu meniali bagaimana mereka mencari bakat, merekrut dan membeli pemain pada ketika ini yang mewujudkan penurunan nilai daya saing.”

“Mereka harus memanggil pemilik Arsenal, Stan Kroenke untuk menyatakan matlamatnya bersama kelab yang berdiam diri sejak mengambil alih pada April 2011.”

“Ini adalah masa untuk Kroenke membuktikan kepada penyokong-penyokong Arsenal tentang visinya dan menamatkan sikap berdiam dirinya dengan bekerjasama erat bersama mereka.”

“Kami juga mahu ahli lembaga pengarah menjadi lebih bertanggungjawap untuk belanjawaan perpindahan yang disediakan untuk pengurus dan memastikan ia dibelanjakan untuk mendapatkan pemain dan bukannya digunakan untuk menjana keuntungan,” kata jurucakap AST lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply