[BULETIN] ARSENAL UMUM PEMBINAAN TUGU DENNIS BERGKAMP

Dennis-Bergkamp-vs-Newcastle-UnitedArsenal FC mengumumkan tugu Dennis Bergkamp yang akan dipamerkan di Stadium Emirates bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan besar penyerang kelahiran Belanda itu. Dennis Bergkamp menyertai Arsenal dari Inter Milan pada Jun 1995 dengan melakukan 423 penampilan serta menjaringkan 120 bersama The Gunners. Sepanjang 11 tahun bersama Arsenal, Bergkamp membantu menjulang 7 kejuaraan utama termasuk kejayaan The Invincibles pada 2003/04.

Tugu Dennis Bergkamp ini masih dalam fasa awal pembinaan yang akan dipamerkan sebelum bermulanya musim hadapan. Tugu ini bakal diletakkan bersama-sama tiga lagi tugu lagenda Arsenal iaitu Herbert Chapman, Tony Adams dan Thierry Henry yang telah diumumkan sempena ulang tahun ke-125 tahun Arsenal pada November 2011. Sementara itu, Dennis Bergkamp nyata terharu dan berbangga dengan penghormatan ini.

“Pertama sekali, saya berbesar hati dengan apa yang berlaku. Ini membuatkan saya berasa sangat bangga. Semua orang tahu saya sangat menyayangi Arsenal dan saya melalui detik-detik hebat bersama kelab ini,” kata penyerang yang digelar The Iceman.

“Bagi saya dan keluarga, ini sangat penting sepanjang hidup saya. Bersama-sama orang-orang yang hebat, pasukan yang luar biasa dan kami mengecapi banyak kejayaan sepanjang beberapa tahun.”

“Saya akan melakukan segala-galanya saya akan berada di sini apabila ia dilancarkan. Ini merupakan detik-detik yang istimewa bagi saya dan saya tidak mahu melepaskannya.”

dennis_bergkamp_statue_unveilSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis turut berkata : Semua orang di Arsenal gembira untuk memperingati karier Dennis Bergkamp bersama Arsenal. Ini sangat sesuai dengan sumbangan besar Dennis bersama kelab di mana tugu ini akan dipamerkan di perkarangan Stadium Emirates.”

“Kualiti dan gaya permainan Dennis tidak akan dilupakan. Dia merupakan lagenda sejati Arsenal dan ia memberi pengalaman hebat buat penyokong-penyokong Arsenal dan pengunjung yang datang ke Stadium Emirates serta menikmati sumbangan pemain yang hebat pada masa akan datang.’

“Dennis dan pihak pengurusan di Arsenal sedikit kecewa dengan beberapa imej-imej mengenai tugu yang tersebar hari ini (semalam) di mana ia masih dalam pembinaan namun ini tidak menjejas keterujaan kami untuk memiliki tugu ini tidak lama lagi,” kata Gazidis lagi.

Rujukan : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply