[BOLA SEPAK] IVAN BANOVIC TERIMA KAD KUNING KERANA KUCING

Ivan-Banovic-save-catPenjaga gol Medjimurje, Ivan Banovic telah dilayangkan kad kuning kerana menyelamat seekor kucing dalam perlawanan Liga Divisyen Satu Croatia antara Sibenik dan Medjimurje pada 23 November 2009. Pemain berusia 29 tahun itu terkejut apabila seekor kucing secara tiba-tiba memasuki padang berhampiran gawang yang dikawalnya pada minit ke-20.

Ivan Banovic kemudiannya bertindak membawa keluar kucing tersebut dan meletakkan di tempat yang selamat berhampiran dengan papan skor. Namun, tindakan Banovic yang keluar dari padang tanpa kebenaran pengadil perlawanan mengundang padah apabila penjaga gol Medjimurje itu telah menerima kad kuning dalam perlawanan tersebut.

Tindakan pengadil tercebut telah mencetuskan kemarahan dan diejek oleh penonton-penonton yang disifatkan tidak mempunyai semangat kemanusian. Kejadian tersebut turut mendapat liputan meluas oleh media-media di Croatia. Namun dalam perlawanan tersebut, pasukan yang diwakili oleh Banovic, Medjimurje tewas 0-1 kepada Sibenik.

This entry was posted in Bola Sepak and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply