[BERITA] WAN ZACK, WAN ZAHARULNIZAM BAKAL KE LIGA JEPUN

wan-zaharulnizam-kecik-harimau-mudaJurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mendedahkan bahawa kelab dari Jepun, FC Ryukyu telah menawarkan kontrak kepada Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam.  Kedua-dua pemain muda negara itu telah menjalani ujian bersama kelab Divisyen 3 Jepun itu pada Julai lalu dan pihak kelab telah memaklumkan hajat mereka untuk mengikat kontrak dengan pemain Harimau Muda A kepada Ong Kim Swee pada bulan lepas.

Wan Zaharulnizam yang kini berada di Australia bersama Harimau Muda mengatakan ini merupakan impian untuk menimba pengalaman dan beraksi di liga luar serta mengakui sudah bersedia untuk membuktikan kemampuan dalam saingan liga yang lebih baik. Dia bersama rakan sepelatihnya, Wan Zack Haikal telah mengenal pasti budaya hidup, pemakanan serta bahasa Jepun sekiranya mereka berjaya menyarung jersi Ryukyu pada tahun ini.

“Sejujurnya, saya amat gembira kerana saya sudah menunggu lama peluang keemasan seperti ini,” kata Wan Zaharulnizam yang mesra dipanggil ‘Kecik’.

“Ia adalah impian seluruh pemainwan-zack-wan-zaharulnizam-sesi-latihan bola sepak untuk beraksi di liga yang lebih baik. Apa yang pasti, saya juga mahu meningkatkan tahap keupayaan saya di luar negara dalam usaha membantu skuad negara nanti.

“Ketika menjalani ujian di sana (Julai lalu), saya mendapati tiada masalah dari segi cara hidup dan pemakanan. Cuma, komunikasi agak menyukarkan tetapi ia bukan masalah besar.

“Jika proses perpindahan ini berjalan lancar, saya akan mengambil kursus bahasa Jepun bagi melancarkan urusan saya di sana kelak,” katanya.

Kontroversi kepulangan Nazmi Faiz Mansor yang bertindak menamatkan kontrak dengan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar dan memilih Selangor PKNS sebagai destinasi terbaharu selepas 7 bulan berada di Eropah. Ironinya, situasi yang berlaku kepada Nazmi itu memberikan pengajaran cukup berguna walaupun amat pahit untuk ditelan, namun ia bukan bermakna perancangan untuk menghantar pemain Harimau Muda yang lain beraksi di luar negara akan terbantut.

This entry was posted in Berita and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply