[BERITA] NAZMI FAIZ MANSOR PILIH PKNS FC DEMI MASA DEPANNYA

Nazmi-Faiz-Mansor-sertai-PKNS-FCTeka-teki mengenai masa depan Nazmi Faiz Mansor terjawap sudah apabila pemain berusia 18 tahun itu sah menjadi milik PKNS FC. Kepulangan pemain muda sensasi negara itu dikait dengan kontroversi dan pelbagai spekulasi selepas dia mengambil keputusan untuk meninggalkan S.C Beira-Mar. Namun, Nazmi Faiz menjelaskan bahawa keputusannya meninggalkan kelab Divisyen Satu Portugal itu adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Nazmi Faiz atau nama penuh Mohd Nazmi Faiz Mansor merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Anak kelahiran Lembah Keramat, Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada skuad Harimau Muda yang menjulang pingat emas Sukan Sea ke-26 dan beraksi dalam perlawanan pra-Olimpik London 2012. Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan kelab Portugal, S.C Beira-Mar pada 21 Mei 2012 dan disenaraikan dalam skuad bawah 19 tahun kelab yang berpangkalan di Aveiro, Portugal.

Pemain skuad Malaysia B-23 tahun itu menandatagani kontrak selama 3 tahun dengan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim dengan bakal menyarung jersi no.33 dan bersedia utuk diturunkan dalam perlawanan menentang Felda United, 16 Februari ini. Walaupun menyertai PKNS di luar tempoh perpindahan, Nazmi Faiz dikatakan tetap boleh terus beraksi bersama kelab barunya itu di bawah kuota pemain bawah 21 tahun namun terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sebelum mendapat lampu hijau.

“Kami akan menghantar pegawai untuk membuatnazmi-faiz-mansor-malaysia-b-23 semakan dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) Isnin depan (esok) dan berharap semua masalah berbangkit bakal diselesaikan pada kadar segera dan sebaik mungkin,” kata pengurus PKNS, Azmi Adnan.

“Mudah-mudahan khidmat Nazmi akan dapat kami gunakan menjelang perlawanan dengan Felda United.”

Ketika ditanya mengapa PKNS FC menjadi pilihannya, Nazmi Faiz mengatakan kelab yang mendapat jolokan Red Ants itu merupakan sebuah pasukan yang bagus. Hal ada asasnya apabila skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu mencipta kejutan menewaskan naib juara Liga Super musim lalu, Lions XII sebanyak 2 kali pada Januari lalu. Nazmi Faiz turut menegaskan keputusan meninggalkan S.C Beira-Mar untuk kembali beraksi dalam Liga Malaysia adalah untuk kebaikan masa depannya.

“Semasa saya masih beraksi untuk Harimau Muda B lagi, saya merasakan PKNS FC merupakan sebuah pasukan yang bagus. Apabila peluang hadir, saya tidak berfikir dua memilih bermain pasukan ini,” kata pemain berusia 18 tahun itu.

“Ini bagus untuk masa depan saya dan tak ada apa pun yang boleh saya katakan pasal saya dan Beira-Mar. Saya akan buat yang terbaik di PKNS FC.”

“Saya sudah dibebaskan oleh Beira-Mar dan berita mengenai saya akan kembali ke sana selepas enam bulan, perkara itu tidak benar.”

nazmi-faiz-sc-beira-marSekalipun menyifatkannya sebagai keputusan meninggal kelab Divisyen Satu itu sesuatu yang mendadak dan mengejutkan ramai pihak, Nazmi Faiz menegaskan keputusannya tepat setelah berbincang dengan kedua-dua ibu bapanya dan ejennya, Marco Guimaraes. Anak kelahiran Lembah Keramat itu menjelaskan keputusan menamatkan kontrak itu adalah persetujuan bersama dengan S.C Beira-Mar namun dia meluahkan impiannya untuk beraksi di Eropah masih belum pudar

“Pengalaman di Beira-Mar menyeronokkan, tapi saya sendiri memilih jalan ini. Alhamdulillah, saya yakin ini keputusan terbaik untuk saya. Saya mendapat restu daripada ibu dan ayah dan mendapat nasihat ejen saya, Marco,” kata Nazmi Faiz lagi.

“Peluang saya masih tidak tertutup lagi, usia saya masih muda dan saya ada banyak masa lagi. Semoga dengan usaha saya di PKNS akan membuat laluan baharu untuk saya kembali ke Eropah selepas ini. Kalau ada rezeki untuk ke luar negara lagi, kenapa tidak?”

Sementara itu, presiden PKNS FC, Noor Hisham Mohd Ghouth tentunya ‘orang paling gembira’ apabila mengalu-alukan ketibaan pemain berstatus bintang seperti Nazmi Faiz ke pasukannya. Noor Hisham memaklumkan bahawa pihaknya tiada rancangan melamar Nazmi Faiz sehinggalah didatangi ejen Nazmi, Marco Guimaraes bulan lalu.

nazmi-faiz-harimau-muda-vs-syria“Tiada rancangan awal. Kami diberitahu kontrak Nazmi bersama Beira-Mar telah berakhir dan dia bebas menyertai mana-mana pasukan, hanya pada masa itu, kami baru mula membuat tawaran,” kata Noor Hisham.

“Nazmi mempunyai beberapa pilihan (tawaran daripada beberapa kelab) dan alhamdulillah, PKNS menjadi pilihan Nazmi.”

“Ya, kami membayar yuran perpindahan seperti kelazimannya dalam perpindahan bola sepak antarabangsa,” ujar presiden PKNS FC itu.

Kepulangan bintang muda berusia 19 tahun itu ke tanah air pada Khamis lalu menimbulkan seribu satu persoalan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertanggungjawab membawa pemain itu ke Portugal tidak tahu menahu mengenai keputusan yang dibuat oleh Nazmi. Terdahulu, Nazmi Faiz turut terlibat dengan pergaduhan di laman sosial ‘twitter’ dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella yang turut mengaitkan pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak.

This entry was posted in Berita and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply