[BERITA] HARIMAU MUDA KINI HANGAT DIINTAI PENCARI BAKAT

latihan-Harimau-Muda-di-AustraliaSelepas Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam mendapat tawaran beraksi bersama kelab Divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu kini giliran Irfan Fazail dan Rozaimi menarik minat pencari-pencari bakat dari luar negara. Pencari bakat dari Liga A, Brad Maloney yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Australia berminat menyaksikan persembahan pemain-pemain Harimau Muda yang kini dalam siri jelajah Australia bermula pada 24 Januari lalu.

Gandingan kapten Harimau Muda, Ifran Fazail dan penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman berjaya meledakan meledak 10 gol pada kempen kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) sekaligus menarik minat pencari-pencari bakat. Harimau Muda akan beraksi dalam perlawanan terakhir di Australia petang ini bertemu juara bertahan liga utama Australia (Liga-A), Brisbane Roar dan perlawanan itu turut akan disaksikan bekas pemain kebangsaan Australia, Brad Maloney.

Sementara itu, bekas penyerang import Sabah, Scott Ollerenshaw yang juga merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan jelajah Australia telah mencadangkan kedua-dua pemain itu kepada Maloney.

“Saya hadir sesi latihan ini (semalam) untuk melihat persiapan skuad Harimau Muda A untuk bertemu Brisbane Roar. Ternyata Irfan dan Rozaimi menarik perhatian saya. Saya fikir mereka mampu lebih menyerlah jika diberi peluang beraksi di Liga-A,” kata Brad Maloney.

“Apapun saya mahu lihat aksi mereka pada perlawanan sebenar, esok (Selasa) dan pesan saya, main seperti biasa saja. Lakukan seperti mana mereka buat dalam latihan dan segala-galanya akan berjalan lancar.”

Harimau-Muda-vs-Palm-Beach-SharkSkuad Harimau Muda A menang dua aksi persahabatan awal di Australia dengan menewaskan Palm Beach Sharks 5-1 dan Brisbane Lions 2-1 sebelum tewas 2-1 kepada Brisbane Olympic, Sabtu lalu.  Pada aksi terakhir kelmarin, rentak cemerlang mereka semakin terserlah apabila membelasah pasukan Australia Queensland Academy 7-0. Pencapaian tersebut menunjukkan skuad kendalian Ong Kim Swee kini semakin memperlihatkan kematangan, selain mempamerkan peningkatan yang sungguh luar biasa.

Sepatutnya, skuad Harimau Muda dijadualkan menentang juara Liga Australia, Brisbane Roar pada perlawanan terakhir itu tetapi kelab berkenaan tidak dapat beraksi ekoran masalah yang tidak dapat dielakkan. Di sebalik kejayaan cemerlang itu, masih ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab tampil dengan kenyataan bahawa siri lawatan skuad muda negara itu ke Australia sebagai sesi ‘makan angin’ sahaja.

Dakwaan tersebut segera dinafikan oleh Kim Swee yang menyatakan tanggapan tersebut sebagai tidak berasas. Tanpa berselindung, jurulatih kelahiran Melaka itu mengakui beliau sangat kecewa dengan dakwaan seperti itu yang hanya bertujuan untuk merosakkan imej mahupun reputasi skuad Harimau Muda.

“Sudah tentu saya kecewa kerana matlamat kita sepanjang jelajah ini adalah untuk memberi pendedahan serta latihan kepada pemain dan ia telah dicapai dengan cemerlang,” katanya.

Malaysia-pingat-emas-Sukan-SEA-29-2011Sambil menyifatkan Harimau Muda telah mencapai matlamat sebenar di bumi Australia, Kim Swee turut memberitahu bahawa beliau cukup berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain. Tumpuan Kim Swee selepas ini adalah pertemuan menentang Myanmar pada 22 Februari ini dan Slovakia (23 Mac) dan beliau menuntut agar semua pemain meneruskan momentum cemerlang bagi menghadapi dua perlawanan tersebut.

“Kami perlu bekerja lebih keras lagi sebagai usaha memperkuatkan skuad Harimau Muda dalam misi mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.”

“Secara keseluruhannya, siri Jelajah Australia Harimau Muda memberi kepuasan kepada saya kerana para pemain telah menunjukkan sikap yang amat terpuji dalam setiap perlawanan yang mereka harungi.

“Jelajah ini juga menjadi medan buat saya menilai prestasi pemain-pemain baharu yang diserapkan dalam skuad ini seperti D. Kenny Pallraj, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan serta Mohd. Adam Nor Azlin dan mereka juga tidak menghampakan saya.

“Jadi, jelajah ini memberikan saya lebih banyak ruang menilai kelemahan,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau yakin skuad kendaliannya akan memanfaatkan segala pengalaman sepanjang berada di Australia sebelum beraksi pada Pestabola Merdeka yang dijangka diadakan pada Ogos depan. Satu perkara menarik yang berlaku dalam skuad muda negara itu ialah semua pemain tampil dengan penuh bersemangat untuk merebut tempat dalam skuad utama dan bagi Kim Swee, persaingan seperti itu merupakan perkembangan yang sihat.

Harimau-Muda-vs-Hougang-United-FC-2012“Ini membuktikan bahawa semua pemain dalam skuad bersaing sesama sendiri untuk menampilkan prestasi terbaik, sekali gus merebut tempat dalam skuad utama,” katanya.

“Pemain-pemain yang sudah lama dalam skuad juga turut bekerja keras untuk mengekalkan prestasi seperti Irfan Fazail, Izham Tarmizi Roslan dan Izzaq Faris Ramlan.

“Malah, saya juga amat bangga dengan pemain-pemain seperti Adam, Nurridzwan, Kenny dan Muhammad Ariff Farhan Mohd. Isa yang menunjukkan kesungguhan untuk bersaing pada peringkat lebih tinggi. Bukan sahaja kepada pihak lawan tetapi bersaing sesama sendiri dalam pasukan.

“Pemain-pemain ini mempamerkan keseriusan yang tinggi dan saya tidak nampak mereka bersikap sambil lewa dan ia adalah petanda positif buat skuad ini untuk mara lebih jauh.

“Jika banyak lagi pendedahan pada peringkat antarabangsa untuk Adam, Ariff, Nurridzwan termasuk Rozaimi Abdul Rahaman, saya percaya mereka ini akan menjadi lebih matang dengan corak permainan masing-masing,” jelas Kim Swee.

Rujukan : KOSMO

This entry was posted in Berita and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply