[BERITA] EDUARDO ALMEIDA PUJI PERSEMBAHAN FAKRI SAARANI

Fakri-Saarani-in-Atletico-SC-ReguengosAhmad Fakri Saarani berjaya menampilkan permulaan cemerlang bersama kelab Terceira Division (Divisyen 3), Atletico Sport Clube Reguengos menyaksikan kelabnya belum tewas dalam saingan liga sejak Januari lalu. Pemain tengah kelahiran Kelantan itu berjaya memberi impak dalam debutnya termasuk menghasilkan assist membantu kemenangan 3-2 ke atas Lagos sebelum menyumbangkan kemenangan 1-0 menentang Aljustrelense pada minggu berikutnya.

Pemain berusia 24 tahun itu beraksi dalam penuh dalam kesebelasan utama ketika membantu kemenangan ke atas 2-0 Vasco da Gama dan Lusitano serta mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Sesimbra. Kelab berpangkalan di Evora, Portugal berada di landasan terbaik untuk dinaikkan ke Divisyen 2 selepas berjaya menduduki kedudukan ketiga liga dengan memunggut 35 mata daripada 18 perlawanan.

Bekas pemain Felda United menandatangani kontrak selama 6 bulan di mana kontraknya bakal berakhir pada 1 Jun ini. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan telah ditandatangani tanpa perlu menjalani ujian percubaan kerana hubungan baik kelab dengan agennya, Marco Guimaraes. Pengurus Atletico, Eduardo Almeida mengakui ketibaan Fakri Saarani telah memberikan sesuatu di luar jangkaan serta menyumbang keputusan yang baik kepada kelab.

“Fakri belajar dengan cepat dan dapat menyesuaikan diri dengan bola sepak Portugal,” kata Eduardo Almeida.

“Dia (Fakri) menjadi pemain yang penting bagi kami dalam tempoh masa yang singkat. Hanya satu kekurangan di mana dia belum menjaringkan gol tetapi saya percaya dia akan melakukan tidak lama lagi.”

 “Dia berjaya mendapat penyokong dan peminat di sini. Saya berharap dia akan meneruskan kemajuan seperti yang kami memerlukan khidmatnya untuk menghadapi baki perlawanan penting.”

“Ketibaannya di sini memberikan saya lebih banyak pilihan dan tambahan pula, dia boleh bermain di mana-mana posisi menyerang.”

fakri-saarani-trial-in-portugal-leagueFakri merupakan sebahagian skuad Harimau Muda yang merangkul pingat emas di Sukan Sea pada 2009 dan 2011 serta merupakan sebahagian skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2012. Pemain berusia 24 tahun merupakan pemain Malaysia kedua yang beraksi di Liga Portugal selepas wonderkid, Nazmi Faiz Masor yang bersama kelab Divisyen 1, SC Beira-Mar.

Atletico SC Reguengos perlu memenangi baki perlawanan menentang Moura, FC Castrense, Monte Trigo dan Lagoa untuk mengesahkan kenaikan liga ke Divisyen 2 musim depan. Kontrak Fakri selama 6 bulan yang bakal berakhir pada Jun ini tetapi akan terus beraksi di Portugal jika Atletico berjaya dinaikkan liga.

“Kami perlu menamatkan liga di kedudukan 2 teratas untuk dinaikkan liga tetapi kedudukan ketiga boleh kami pertingkatkan lagi. Saya berharap Fakri bersedia menghadapi untuk perlawanan akan datang,” kata Almeida yang pernah membimbing pasukan Benfica B-16.

This entry was posted in Berita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply