[BERITA] BERIKAN PELUANG KEDUA BUAT NAZMI FAIZ MANSOR

Nazmi-Faiz-Mansor-PKNSPermata baru The Red Ants, Muhamad Nazmi Faiz Mansor menegaskan dirinya masih bersemangat untuk kembali membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini meskipun dipalit pelbagai kontroversi kebelakangan ini. Namun, pemain berusia 17 tahun itu mengakui sukar baginya untuk memikat hati dan mendapat kepercayaan jurulatih Ong Kim Swee lantaran prestasi pemain-pemain Harimau Muda tidak kurang hebatnya.

“Saya masih bersemangat membantu Harimau Muda mengharungi temasya Sukan SEA,” kata Nazmi Faiz kepada media baru-baru ini.

“Jika diberikan peluang, saya akan memberikan yang terbaik. Segala-galanya terpulang kepada diri saya sendiri. Saya yakin prestasi saya tidak terjejas jika fokus menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan.”

Nazmi-Faiz-Mansor-sertai-PKNS-FCSementara itu, bapa Nazmi Faiz enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang membelenggu anaknya sebaliknya mahu semua pihak menamatkan isu mengenai kepulangan Nazmi Faiz dari SC Beira-Mar pada Januari lalu. Mansor Mustapha berharap agar anaknya diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya lantaran ramai-ramai pihak yang mengecam keputusan Nazmi yang melakukan ‘U-turn’ dengan menyertai PKNS FC

“Anak saya (Nazmi) masih muda, usianya baru 19 tahun. Berilah dia peluang membuktikan kemampuannya terlebih dulu daripada berterusan dia dihentam bukan-bukan,” kata Mansor Mustapha.

“Masanya masih panjang untuk berjaya sebagai pemain bola sepak. Sebagai bapa, sudah tentu saya kecewa apabila Nazmi dikecam sebegitu rupa.”

“Apa yang sudah berlaku itu biarlah, tidak ada apa-apa lagi yang perlu dimaklumkan.”

“Berikan dia peluang membuktikan kemampuan, saya harap semua pihak memahami mengapa kami mengambil sikap berdiam diri.”

nazmi-faiz-harimau-muda-vs-syriaKetika ditanya mengenai peluang Nazmi Faiz yang tidak akan mendapat layanan istimewa dipilih secara automatik bagi mewakili Harimau Muda bagi mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini, Mansor menegaskan bahawa anaknya sedia untuk kembali bersaing mendapat tempat dalam skuad bimbingan Ong Kim Swee.

“Ia sesuatu yang normal. Sejak dahulu lagi kami sedar Nazmi perlu bersaing secara profesional bagi merebut tempat dalam skuad Harimau Muda,” kata Mansor Mustapha.

“Tidak kira sama ada Nazmi pernah beraksi di Portugal ataupun tidak sebelum ini, dia perlu membuktikan kemampuannya terlebih dahulu.

“Kami sebagai ahli keluarga sentiasa memberikan sokongan supaya Nazmi berjaya dengan kariernya,” tegas bapa Nazmi lagi.

This entry was posted in Berita and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply