[ARTIKEL] 10 KELAB BOLA SEPAK PALING BERNILAI 2012

football-stadium-matchdayBola sepak merupakan antara sukan yang paling popular dan diminati oleh masyarakat di seluruh dunia. Malah, kelab-kelab bola sepak kini menjadi sebahagian daripada elemen penting dalam perniagaan untuk menjana keuntungan dan pendapatan yang lumayan. Nilai sesebuah kelab diukur menerusi transaksi, nilai pasaran, perolehan keuntungan, bebanan hutang, dan stadium. Berikut disenaraikan 10 kelab bola sepak paling bernilai di dunia.

1. MANCHESTER UNITED

manchester-utd-jersey-2012-homeManchester United merupakan kelab bola sepak yang paling bernilai di dunia. Meskipun ketinggalan kepada Real Madrid dari segi keuntungan, namun secara keseluruhannya Forbes meletakkan nilai keseluruhan United lebih tinggi daripada kelab yang berpangkalan di Madrid itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai USD2.2 juta. Red Devils berjaya memenangi 12 kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak 20 tahun lalu di samping penyertaan berterusan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah serta jumlah pendapatan yang besar daripada hak penyiaran meletakan mereka di kedudukan teratas.

2. REAL MADRID

real-madrid-jersey-2012-2013The Galacticos merupakan kelab paling berjaya mencatatkan keuntungan tertinggi yang bakal mencecah USD700 pada musim 2011/12. Dengan dibarisi pemain-pemain bintang berkelas dunia berjaya meningkatkan nilai kelab menerusi penajaan dan hak imej komersial. Real Madrid juga juga berjaya mencatatkan pendapatan operasi tertinggi dengan memperolehi USD214.

3. BARCELONA

barcelona-2012-13-home-jerseyKelab yang paling berjaya dari segi kejuaraan sejak beberapa musim kebelakangan ini, Barcelona menduduki kedudukan ketiga dalam senarai kelab paling bernilai. Dengan kapasiti besar Stadium Nou Camp dan peningkatan hak penajaan-penajaan komersial berjaya menjadikan The Catalan mencatat nilai melebihi USD 1,300 juta berbanding sekadar memperolehi USD535 juta pada tahun 2007.

4. ARSENAL

nike-arsenal-home-2012-13Di sebalik kegagalan mencapai kejuaraan sejak beberapa musim kebelakangan ini namun Arsenal terus kekal konsisten sebagai antara kelab yang paling berjaya dari segi penjanaan keuntungan. Hasil pendapatan daripada setiap perlawanan dianggarkan bernilai USD150 juta meletakan Arsenal di kedudukan ke-4 selain perjanjian penajaan baru yang bakal terus melonjakan nilai keuntungan dan pendapatan The Gunners pada musim-musim akan datang.

5. BAYERN MUNICH

adidas-bayern-munich-2012-homeKelab yang dimiliki oleh penyokong-penyokongnya sendiri, Bayern Munich kekal sebagai role model dari segi pengurusan kelab bola sepak. Dengan memperoleh keuntungan ke-4 tertinggi, Bayern menjana pendapatan besar menerusi perjanjian penajaan dan kutipan hari perlawanan selain penyertaan yang konsisten dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

6. AC MILAN

adidas-ac-milan-2012-home-kitKelab paling bernilai dari Itali, AC Milan terpaksa menjual beberapa pemain-pemain utama termasuk Zlatan Ibrahimovic dan Thiago Silva pada musim panas lalu bagi mengimbangi akaun kelab. The Rossoneri turut cemerlang dari segi hak komersial serta perjanjian penajaan bersama Audi, Sky Italia dan Emirates membantu mereka memperolehi keuntungan mencecah USD341 juta.

7. CHELSEA

adidas-chelsea-2012-home-kitJuara Liga Juara-Juara Eropah musim 2011/12, Chelsea berjaya memperolehi £50 dari keuntungan hak penyiaraan namun kegagalan melayakan diri dalam pusingan kalah mati musim ini menjejaskan pendapatan mereka. Kelab milik jutawan Russia, Roman Abramovich telah bersetuju dengan perjanjian penajaan baru untuk membantu mereka melepasi peraturan UEFA Financial Fair Play.

8. LIVERPOOL

adidas-liverpool-2012-home-kitSelepas gagal melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah sejak beberapa musim lalu dan gagal dalam usaha untuk membina sebuah stadium baru berkapasiti besar yang serba canggih namun Liverpool berjaya memperoleh penajaan besar daripada Warrior yang berjaya melonjakan keuntungan kelab. Pengaruh besar yang dimainkan oleh pemilik kelab, Fenway Sports Group berjaya membantu mengukuhkan kedudukan The Reds.

9. JUVENTUS

nike-juventus_2012-home_kitDengan kejayaan mejulang kejuaraan Seria A musim lalu dan melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim  ini, Juventus berjaya mendapat manfaat yang besar daripada perjanjian penajaan bersama Nike. Namun, hasil perolehan daripada keuntungan setiap perlawanan merupakan antara yang terendah berbanding dengan kelab utama-utama Eropah yang lain.

10. SCHALKE 04

jersey-shalke-04-home-2012Kelab Bundesliga ini merupakan antara kelab yang paling konsisten dengan sentiasa berada dalam kedudukan 10 terbaik. Schalke 04 berjaya menjana pendapatan menerusi hak penyiaran TV dianggarkan berjumlah USD300 meletakan mereka di kedudukan yang lebih baik berbanding Liverpool. Selain itu, penyertaan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah berjaya memgukuhkan pendapatan Schalke 04.

top-10-most-value-football-club-2012Sumber : www.fifa.com

Incoming search terms:

  • kelab paling bernilai di dunia
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply