[ANALISIS] THEO WALCOTT VS GARETH BALE

stat-comparison-Theo-Walcott-vs-Gareth-BalePemain sayap sensasi Spurs, Gareth Bale kini menjadi sasaran beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Real Madrid, Barcelona, Chelsea, Manchester City dan Bayern Munich selepas mempamerkan aksi yang cemerlang sejak beberapa musim lalu. Pemain antarabangsa Wales berusia 23 tahun itu berjaya mencatatkan 15 gol dan 4 assist dalam 28 perlawanan bersama Tottenham Hotspurs musim ini dengan dinilai berharga sekitar £50 juta.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut mengakui Gareth Bale pernah berada dalam pemerhatiannya selepas berjaya mendapatkan Theo Walcott dari Southampton. Namun, Wenger tidak menyesal lantaran gagal mendapatkan khidmat pemain sensasi Wales itu meskipun Bale berada di kelas sendiri yang disamakan oleh pengurus Spurs, Andre Villas-Boas dengan Cristiano Ronaldo. Bagi Wenger, perbandingan itu terlalu cepat dan tidak sewajarnya kerana Bale belum layak dibandingkan dengan bintang Real Madrid itu.

“(Gareth) Bale mempunyai potensi untuk menjadi pemain seperti yang dibandingkan (Ronaldo). Namun, pemain yang hebat seperti Lionel Messi sudah memenangi 3 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah serta beberapa kejuaraan liga dan menjaringkan banyak gol sepanjang tahun. Perbandingan ini terlalu cepat,” kata Wenger.

“Kami pernah memikirkan untuk membeli Bale dan Walcott tetapi kami gembira selepas berjaya mendapatkan Walcott.”

“Anda mungkin terkejut jika melihat senarai pemain yang kami gagal untuk mendapatkannya. Tetapi itu sering berlaku kepada banyak kelab, kadang-kadang kami melepaskan pemain yang hebat,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

THEO WALCOTT vs GARETH BALE

Bagi kami, Gareth Bale selayaknya dibandingkan dengan pemain sayap sensasi Arsenal yang juga merupakan rakan sepelatih ketika bersama dengan akademi bola sepak Southampton, Theo Walcott. Kedua-dua pemain ini memiliki gaya permainan dan memainkan peranan yang hampir sama bersama kelab masing-masing. Kualiti dan prestasi yang dipamerkan oleh Bale dan Walcott musim ini dilihat setara.

Gareth Bale dilahirkan di Cardiff, Wales pada 16 Julai 1989 dan memulakan karier awal bersama Southampton pada 2005. Pemain berusia 23 tahun ini merupakan pemain kedua termuda yang melakukan kemunculan dalam skuad utama The Saint ketika berusia 16 tahun 275 hari. Pemain yang berketinggian 1.86m ini melengkapkan perpindahan ke White Hart Lane pada 25 Mei 2007 dengan yuran perpindahan bernilai £7 juta.

Sementara itu, Theo Walcott turut memulakanTheo-Walcott-vs-Coventry-City-2012 karier awal bersama akademi bola sepak Southampton pada tahun 2000 sebelum menjadi pemain termuda yang melakukan kemunculan dalam skuad utama pada 7 Ogos 2006 ketika berusia 16 tahun 143 hari.

Pemain kelahiran Stanmore, London ini kemudiannya menyertai Arsenal pada 20 Januari 2006 dengan yuran perpindahan keseluruhan bernilai £9.1 juta.

Kepantasan larian merupakan kunci utama permainan kedua-dua pemain ini namun Bale dilihat mempunyai kelebihan dari aspek fizikal yang memiliki ketinggian 1.86m.

Pemain sayap Spurs ini memiliki dilihat lebih kuat dan bertenaga serta memiliki aerial duel yang baik berbanding Walcott yang lebih rendah dan gagal untuk menyaingi pertahanan lawan yang memiliki fizikal yang lebih kuat dan tinggi selain mudah mengalami kecederaan.

Namun, Walcott memiliki kepantasan dan kelincahan serta hantaran sempurna yang lebih baik berbanding Bale. Dari aspek sentuhan penyudah pula, sedikit memihak kepada Bale kerana corak pemainan yang sentiasa bergerak ke hadapan selain gemar melakukan percubaan terus ke gawang lawan. Pemain kelahiran Cardiff, Wales ini juga turut mempunyai ketajaman dalam menjaringkan bola menerusi situas bola mati (death ball specialist).

Manakala Walcott pula lebih banyak memainkan peranan sebagai natural winger yang bertindak di bahagian sayap dan melakukan hantaran silang (crosses). Pemain sayap England ini hanya sekali sekala melakukan pergerakan ke hadapan selain kurang ketenangan dan ketajaman di hadapan menyaksikan Walcott sedikit ketinggalan dari segi jaringan berbanding Bale. Secara keseluruhan, kedua-dua pemain memiliki kualiti dan prestasi yang hampir sama.

This entry was posted in Informasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply