[ANALISIS] PERTEMBUNGAN UNIK ARSENAL-BAYERN MUNICH

Arsenal-v-Bayern-MunichPertembungan Arsenal-Bayern Munich dalam pusingan ke-2 Liga Juara-Juara Eropah dinanti penuh debaran oleh kedua-dua pasukan pasukan. Reputasi besar The Bavarians selaku juara Eropah 5 kali serta 2 kali menjadi finalis dalam 3 musim terakhir dilihat merupakan pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir nanti. Namun, Arsenal juga turut memiliki ramuan tersendiri dengan kejayaan menundukan beberapa pasukan utama Eropah seperti Barcelona, Borrusia Dortmund dan AC Milan meskipun sering berdepan aksi yang tidak konsisten.

Skuad bimbingan Jupp Heynckes gah mendahului saingan Bundesliga musim ini dengan 15 mata mengatasi pencabar terdekat, Borrusia Dortmund. The Bavarians dilihat cukup kebal dalam saingan Bundesliga dengan hanya tewas sekali serta cuma dibolosi 7 kali setakat ini. Malah, Bayern Munich juga tampil selaku pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dengan 55 gol selepas 21 perlawanan di mana Mario Mandzukic dan Thomas Muller tampil selaku penyumbang utama.

Sementara itu, Arsenal pula sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu sekadar menduduki kedudukan ke-5 Liga Perdana Inggeris dengan meraih 44 mata selepas 26 perlawanan. Malah, skuad bimbingan Arsene Wenger turut berdepan krisis kecederaan yang dialami oleh beberapa tonggak terutama di bahagian pertahanan termasuk Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny dan Kieran Gibbs selain pemain tengah sensasi Arsenal, Jack Wilshere.

bayern-munich-vs-arsenal-recordPertembungan kedua-dua pasukan dianggap unik dan menarik kerana memiliki gaya permainan serta mengamalkan formasi yang hampir serupa. Bayern Munich dan Arsenal terkenal dengan pasukan yang mengamalkan corak permainan berteraskan penguasaan bola (ball possession) serta hantaran tepat (pass accuracy). Malah, The Bavarians tampil selaku pasukan kedua yang mempunyai penguasaan bola tertinggi selepas Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Musim ini, Bayern Munich tampil selaku pasukan yang memiliki penguasaan bola tertinggi dalam Bundesliga dengan 64.2% berbanding Borussia Dortmund (55.4%), Schalke 04 (54.1%) dan Eintracht Frankfurt (53.4%). The Bavarians juga tampil selaku pasukan Bundesliga yang melakukan hantaran sempurna tertinggi dengan 87.7% mengatasi Borrusia Dortmund (80.9%), Schalke 04 (80.9%) dan Wolfsburg (80.1%).

Begitu juga dengan Arsenal yang terkenal dengan corak permainan penguasaan bola dan hantaran sempurna. Meskipun musim ini, 3 kali Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 orang kerana layangan kad merah namun The Gunners masih berjaya tampil selaku pasukan kedua yang memiliki penguasaan bola tertinggi dengan 58.5% di belakang Manchester City yang mencatatkan 58.6%. Arsenal juga tampil selaku pasukan yang melakukan hantaran sempurna paling tinggi dengan mencatatkan 86.2%.

Selain itu, Jupp Heynckes gemar bermulaBayern Munich 4-2-3-1 Formation Tactics dengan formasi 4-2-3-1 dengan Toni Kroos membentuk tiangle midfielder bersama Bastian Schweinsteiger dan Javi Martinez untuk mengekalkan penguasaan bola.

Sementara itu, Frank Ribery dan Arjen Robben dilihat senjata utama Heynckes dalam usaha merobek dan mengucar-kacir pertahanan lawan di bahagian sayap. Manakala Mario Gomez dan Mario Mandzukic merupakan pilihan selaku center forward.

Bayern Munich memiliki pertahanan tengah yang baik dan mampu melakukan overlapping untuk memberi tekanan kepada pasukan lawan sementara Phillip Lahm dan David Alaba di bahagian pertahanan kanan dan kiri dilihat cukup berbahaya dalam membantu serangan di bahagian sayap. Namun, pertahanan The Bavarians sering terperangkap dengan serangan balas pantas (quick counter-attack) pasukan lawan.

Di samping itu, Bayern turut mempunyai Arjen Robben dan Frank Ribery yang merupakan inside forward di bahagian sayap yang mampu melakukan rembatan kencang jarak jauh serta mengucar-kacir pertahanan menerusi gerakan-gerakan lincah lantaran memiliki kemahiran mengelecek yang baik. Thomas Muller dilihat selaku pilihan yang terbaik bagi mengubah taktikal perlawanan atau mengantikan Arjen Robben atau Toni Kroos.

toni-kroos-bayern-munichSementara itu, Toni Kroos merupakan watak penting jentera serangan Bayern menerusi hantaran terus (through ball) yang mengelirukan serta sering turun membantu bahagian tengah. Bastian Schweinsteiger pula bertindak selaku deep lying-playmaker yang merencanakan gerakan-gerakan serta mengawal penguasaan bola di bahagian tengah padang. Javi Martinez atau Luis Gustuvo atau Anatoliy Tymoshchuk merupakan antara pilihan untuk mengisi posisi defensive midfielder.

Kelemahan utama pasukan Bayern Munich pastinya mudah terperangkap dengan serangan balas pantas dan perangkap offside kerana kehilangan fokus. Lantaran itu, larian-larian pantas dari Walcott dan Podolski sangat diperlukan dalam merobek pertahanan The Bavarians. Selain itu, gerakan-gerakan lincah daripada Wilshere dan Cazorla sangat penting dalam usaha mengekang penguasaan bola pasukan Bayern serta melakukan hantaran terus buat Giroud dan Walcott untuk menjaringkan gol.

Manchester+City+v+Arsenal+23-Sept-2012Namun, Arsenal juga perlu memperkemaskan benteng pertahanan terutama di bahagian pertahanan kanan dan kiri serangan fokus dalam mengekang setiap serangan dari Bayern Munich. Skuad kendalian Jupp Heynckes juga cukup berbahaya menerusi set piece dan sepakan-sepakan percuma di hadapan kotak penalti kerana memiliki Schweinsteiger yang merupakan seorang free-kick specialist. Sementara itu, Mario Gomez, Thomas Muller dan Mario Mandzukic merupakan pemain yang cukup berbisa menerusi situasi bola tinggi.

Meskipun, Bayern Munich cemerlang dalam saingan Bundesliga namun rekod pencapaian The Bavarians dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah tidak begitu baik terutama perlawanan di tempat termasuk dimalukan oleh kelab Belarus, BATE Borisov 3-1. Namun, keputusan perlawanan itu tidak boleh dijadikan ukuran lantaran Bayern Munich kini dilihat cukup bersedia dan bersemangat menjelang aksi perlawanan pertama di Stadium Emirates 19 Februari ini.

Incoming search terms:

  • analisis formasi 4-2-3-1 Jupp Heynckes
This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply