[ANALISIS] PERLUKAH AARON RAMSEY BERAKSI SELAKU DEFENSIVE MIDFIELDER

Aaron+Ramsey+Arsenal+v+Liverpool+2013Di sebalik prestasi kurang memberansangkan dipamerkan oleh Aaron Ramsey, pemain tengah Wales itu berjaya menampilkan aksi yang cemerlang selepas diberi peranan baru selaku defensive midfielder dalam perlawanan menentang West Ham United, Liverpool dan Sunderland. Pemain berusia 22 tahun itu diberi peranan tersebut lantaran kecederaan yang menimpa Mikel Arteta, Abou Diaby dan Francis Coquelin.

Meskipun Ramsey lebih selesa diturun selaku pemain sayap atau attacking midfielder namun percaturan Arsene Wenger meletakannya selaku defensive midfielder dilihat berkesan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini. Pemain berusia 22 tahun ini dihimpit prestasi tidak menentu sejak kembali dari kecederaan serius selepas mengalami patah kaki diterjah oleh Ryan Shawcross pada 27 Februari 2010.

Bekas kapten Wales itu diberi peranan selaku deep lying-playmaker dalam merencana pergerakan di tengah padang serta ditugaskan untuk lebih bertahan. Percaturan ini dilihat ada asasnya kerana Ramsey memiliki beberapa kualiti untuk menjadi seorang defensive midfielder meskipun diberi peranan yang lebih menyerang dan mengasak pertahanan lawan sebelum ini.

Aaron-Ramsey-pleased-with-defensive-roleDalam perlawanan menentang West Ham United, Ramsey telah menghasilkan 133 sentuhan di atas padang, paling banyak berbanding pemain-pemain Arsenal yang lain. Selain itu, pemain berusia 22 tahun telah berjaya melakukan 95% hantaran sempurna sepanjang perlawanan. Ramsey turut memiliki kecemerlangan dalam melakukan key passes, pintasan, terjahan dan clearances.

Berdasarkan statistik musim ini, Ramsey merupakan pemain Arsenal ketiga melakukan hantaran sempurna dengan mencatatkan 87.6% di belakang Mikel Arteta (92.6%) dan Per Mertesacker (91.9%). Pemain berusia 22 tahun ini juga merupakan pemain midfielder kedua yang melakukan terjahan tertinggi dengan 1.8 secara purata setiap perlawanan selepas Mikel Arteta yang mencatatkan 3.6 terjahan.

Selain itu, Ramsey juga adalah pemain kelima yang melakukan key passes dengan melakukan 0.9 di belakang Jack Wilshere (2.2), Nacho Monreal (1.5),Lukas Podolski (1.3), dan Kieran Gibbs (1.1). Musim ini, Ramsey diturunkan dalam kesebelasan utama sebanyak 13 kali dan 16 kali selaku pemain gantian dan telah berjaya menjaringkan satu gol dan satu assist. Ramsey juga terlah beraksi sebanyak 7 kali di posisi defensive midfielder.

Ketika menentang Sunderland hujung minggu lalu, pemain kelahiran Caerpilly, Wales itu turut cemerlang mengisi kekosongan di posisi bek kanan selepas Carl Jenkinson dilayangkan kad merah. Namun, untuk menjadi seorang pemain defensive midfielder yang terbaik, Ramsey perlu mempertingkatkan prestasinya terutama dari aspek pertahanan dan kawalan bola serta hantaran-hantaran sempurna. Buat Aaron Ramsey, selamat maju jaya.

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply