[ANALISIS] NACHO MONREAL BAKAL PENCABAR KEPADA KIERAN GIBBS

Analysis-debut-Nacho-Monreal-vs-Stoke-CityNama Nacho Monreal kini sedang meniti di bibir penyokong-penyokong Arsenal selepas mempamerkan aksi yang memberansangkan dalam debutnya ketika menentang Stoke City semalam. Pertahanan antarabangsa Sepanyol itu merupakan satu-satu pemain baru yang dibawa masuk pada jendela perpindahan Januari ini bagi mengukuhkan pertahanan Arsenal di sebelah kiri. Monreal menyertai Arsenal dari kelab La Liga, Malaga CF dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £8.5 juta.

Percaturan berani Wenger menurunkan Monreal dalam kesebelasan utama menentang Stoke City walaupun baru dua hari menyertai Arsenal dilihat keputusan tepat dan berkesan. Aksi pemain berusia 26 tahun jelas tidak menghampakan sepanjang 90 minit perlawanan dengan menghasilkan 85% hantaran sempurna dan menghasilkan 78 sentuhan sepanjang perlawanan. Monreal juga dilihat berjaya membantu bahagian serangan dengan melakukan overlapping serta berjaya menghasilkan 3 hantaran lintang sempurna.

Dari aspek bertahan pula, bekas bek kiri Malaga CF ini juga berjaya menampilkan aksi bertahan yang baik sepanjang perlawanan. Monreal berjaya melakuan 4 pintasan dan 3 aerial duel won. Pemain berketinggian 1.78 m ini turut berjaya melakukan 5 clearance di mana 3 daripada menerusi tandukan. Namun, perlawanan menentang The Potters bukan ujian sebenar bagi menilai prestasi Monreal lantaran skuad bimbingan Tony Pulis itu kurang melakukan serangan dengan lebih banyak bertahan.

stat-comparison-Gibbs-vs-MonrealBerdasar statistik persembahan Nacho Monreal dalam saingan La Liga bersama Malaga CF, prestasi pemain kelahiran Pamplona, Sepanyol ini dilihat memiliki kualiti yang hampir sama dengan Kieran Gibbs. Gaya permainan Monreal  lebih gemar mengasak dan memberi tekanan terhadap bahagian tengah dan serangan pasukan lawan manakala dari segi kawalan kawasan pula memiliki persamaan dengan Gibbs yang lebih fokus di bahagian kiri.

Dari aspek menyerang, Monreal dilihat kurang sedikit berbanding dengan Gibbs kerana tidak gemar untuk memasuki kawasan lawan meskipun memiliki kepantasan yang baik untuk melakukan overlapping. Bek kiri kelahiran Sepanyol ini turut memiliki kelebihan dalam melakukan hantaran lintang yang sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan yang dipikul oleh Lukas Podolski yang bertindak di posisi sayap kiri.

Ironinya, pembelian Nacho Monreal dilihat selaku back up kepada Kieran Gibbs yang bakal disisihkan selama 4-6 minggu ekoran kecederaan paha. Namun, sesetengah pemerhati bola sepak menilai kehadiran bekas bek kiri Malaga CF ini sebagai pencabar kepada Kieran Gibbs selepas Andre Santos gagal memberi saingan yang sihat serta tidak mempamerkan persembahan yang meyakinkan sejak kebelakangan ini.

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply