[PIALA FA] WASPADA ANCAMAN BRIGHTON & HOVE ALBION

brighton-vs-arsenal-fa-cup-2013Arsenal bakal bertandang ke Amex Stadium menentang Brighton & Hove Albion dalam saingan pusingan ke-4 Piala FA. Meskipun di atas kertas, tiada masalah bagi Arsenal meneruskan kemaraan ke pusingan ke-5 namun kekalahan kepada kelab kerdil, Bradford di peringkat suku akhir Piala Capital One pada 11 Disember lalu harus dijadikan pengajaran berguna. Malah, kejayaan Brighton menewaskan Newcastle United pada pusingan ke-3 lau seharusnya tidak boleh dipandang sepi.

The Gunners bakal kehilangan khidmat beberapa pemain utama termasuk kapten pasukan, Thomas Vermaelen yang mengalami kecederaan buku lali ketika menentang West Ham pada Rabu lalu.

Mikel Arteta (betis) dan Francis Coquelin (hamstring) turut diketepikan kerana masalah kecergasan. Namun, Abou Diaby dan Tomas Rosicky sedia untuk kembali beraksi menentang Brighton & Hove Albion.

Sementara itu, Brighton dijangka tidak dapat menurunkan pemain pertahanan, Bruno yang belum cergas sepenuhnya meskipun sudah pulih dari kecederaan archilles. Pemain tengah kelahiran Sepanyol, Vicente turut diketepikan kerana kecederaan paha. Sementara itu, penyerang baru Brighton, Leonardo Ulloa dijangka akan melakukan debut menentang Arsenal malam ini sejak tiba dari kelab Sepanyol, Almeria.

Brighton & Hove Albion dijangka memberikan elemen kejutan dalam pertembungan malam ini namun Arsenal dijangka akan menurunkan skuad utama. Jika The Gunners mempamerkan aki sebenar ketika membenam cabaran West Ham United pada Rabu lalu, pastinya skuad Arsenal tidak akan menghadapi masalah menundukan ‘Seagulls‘ malam ini. Kepulangan Abou Diaby bakal memberikan kekuatan tambahan buat Arsenal terutama di bahagian jentera tengah.

BARISAN KEMUNGKINAN

Brighton v ChelseaTarikh : 26 Januari 2013

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Amex, Brighton & Hove

Pengadil : Michael Oliver

Ramalan : Brighton (0) vs Arsenal (3)

FAKTA MENARIK

  • Brighton & Hove Albion tidak pernah menentang Arsenal sejak 1988.
  • Dalam 12 pertemuan kedua-dua pasukan, Brighton hanya berjaya mencatatkan 2 kemenangan sementara 8 kemenangan menjadi milik Arsenal.
  • Arsenal memiliki rekod kemenangan 100% ke atas Brighton dalam saingan Piala FA.
  • Brighton tidak pernah tewas dalam 9 perlawanan terakhir di gelanggang sendiri dalam saingan Piala FA.
  • Arsenal merupakan kelab kedua paling berjaya dalam saingan Piala FA dengan merangkul 10 kejuaraan dan 7 kali muncul seaku naib juara.
  • Kali terakhir Brighton menewaskan Newcastle United dalam saingan Piala FA pada 1983 di mana mereka telah muncul selaku naib juara.
  • Pengurus Brighton, Gus Poyet berjaya memenangi Piala FA sebagai pemain pada tahun 2000 bersama Chelsea.
  • Arsene Wenger telah memenangi Piala FA sebanyak 4 kali sejak mengendalikan Arsenal pada 1996 di mana kali terakhir menenangi kejuaraan Piala FA pada 2005.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply