[PERSPEKTIF] WILSHERE CEMERLANG DENGAN PERANAN BARU – WENGER

Jack+Wilshere+Arsenal+vs+SwanseaJack Wilshere berjaya menampilkan aksi yang cemerlang dan menjadi nadi kemenangan Arsenal dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Swansea awal pagi tadi. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji persembahan bertenaga yang ditampilkan oleh pemain berusia 21 tahun itu yang beraksi di posisi attacking midfielder mengantikan Santi Cazorla. Jack Wilshere berjaya meledak gol kemenangan Arsenal menerusi satu sepakan volley menarik pada minit ke-87 selepas menerima umpanan cantik dari Olivier Giroud.

Kemenangan awal pagi tadi membawa Arsenal mara ke pusingan ke-4 bertemu dengan Brighton & Hove Albion hujung bulan ini. Terdahulu, Arsenal diikat seri 2-2 dalam perlawanan di Stadium Liberty pada 8 Januari lalu. Penyerang prolifik Swansea, Michu berjaya membuka jaringan pada minit ke-58 sebelum Lukas Podolski dan Kieran Gibbs kembali meletakkan Arsenal di depan menerusi 2 jaringan pantas pada minit ke-81 dan 83. Namun, Danny Graham berjaya mengikat kedudukan 3 minit sebelum perlawanan tamat.

“Dia (Wilshere) beraksi luar biasa malam ini (awal pagi tadi). Dia beraksi di posisi berbeza, lebih ke hadapan. Ia sangat sesuai dengannya dan kami memiliki keseimbangan pasukan yang baik,” kata Wenger dipetik dari Goal.com.

“Dia menghasilkan peluang setelah mendapat peluang. Dia merupakan seorang pemain tengah yang sempurna, boleh menyerang dan bertahan dengan baik. Dia mampu mengelecek bola dan mencipta peluang  buat pemain serangan.”

“Dia memiliki kualiti dan keghairahan serta kecintaan terhadap bola sepak – merupakan faktor penting bagi saya.”

“Dia sudah kembali. Sebelum ini, saya belum pernah memiliki seorangan pemain yang mampu beraksi dengan baik selepas berehat panjang lebih 14 bulan.”

“Sejujurnya, jika dia kembali pada 1 Januari lalu kami telah melakukan dengan baik tetapi ternyata dia memberikan sesuatu yang melebihi apa yang saya jangkakan,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply