[PERSPEKTIF] WENGER YAKIN ARSENAL MASIH BERPELUANG MENJADI JUARA LIGA

arsene-wenger-new-hope-in-2013Arsene Wenger masih belum menyerah kalah dan berputus asa dalam pemburuan tahta Liga Perdana Inggeris musim ini. Malah Le Prof melaungkan keyakinan bahawa Arsenal masih memiliki peluang untuk meraih gelaran juara sekaligus mahu menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Arsenal berjaya membuktikan keupayaan apabila membelasah Newcastle United 7-3 di Stadium Emirates hujung minggu lalu.

Pengurus berbangsa Perancis ini pernah membantu The Gunners meraih 3 kejuaraan liga termasuk kejayaan The Invincibles pada musim 2003/04. Ketika ini Arsenal berada di kedudukan ke-6 Liga Perdana Inggeris dengan 16 mata ketinggalan di belakang  pendahulu, Manchester United. Pengurus Arsenal itu berharap anak-anak buahnya dapat mengekalkan konsistensi dan rentak kemenangan terutama sepanjang Januari di mana Arsenal bakal menghadapi beberapa perlawanan penting.

“Kami (Arsenal) bangkit dari kekalahan dan kami perlu konsisten jika mahu mendapat peluang untuk kembali (persaingan kejuaraan liga),” kata Arsene Wenger.

“Apa yang perlu kami lakukan adalah memperlihatkan bahawa kami sentiasa konsisten dari satu perlawanan ke satu perlawanan berikutnya.”

Sementara itu, Arsene Wenger mengakui dirinya masih mengintai beberapa pemain-pemain berkualiti untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan Januari ini bagi mengukuhkan skuad. Namun, misi utama Wenger pastinya mahu memujuk penyerang sensasi Arsenal ketika ini, Theo Walcott untuk menandatangani kontrak baru bersama The Gunners di mana perbincangan antara kedua-dua pihak masih menemui jalan buntu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply