[PERSPEKTIF] WENGER PERLU MENOLEH KEBELAKANG – GRAHAM

Arsene-Wenger-Arsenal-best-ever-managerGeorge Graham mengakui bahawa Arsenal terpaksa membayar harga yang tinggi ekoran kegagalan Arsene Wenger gagal mendapat penganti yang berkaliber untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh tonggak Arsenal seperti Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Robin van Persie. The Gunners kini bergelut dengan prestasi tidak menentu apabila menghuni kedudukan ke-6 Liga Perdana Inggeris serta dikecewakan oleh kelab kerdil, Bradford dalam saingan Piala Capital One.

“Dia (Wenger) telah melaksakan tugas yang hebat untuk Arsenal. Dia mungkin merupakan pengurus terbaik Arsenal sepanjang zaman tetapi selepas beberapa tahun kebelakangan ini agak perlahan dan sering tersasar,” kata George Graham.

“Kualiti pemain yang tiba di kelab ini sekarang tidak setanding kualiti pemain yang meninggalkan Arsenal.”

“Saya tidak peduli betapa bagus jurulatih atau pengurus itu, anda perlukan kualiti pemain di atas padang dan beberapa tahun kebelakangan ini pemain yang datang tidak seperti itu.”

samir-nasri-and-cesc-fabregas-with-arsene-wenger“Saya rasa Arsene seharus duduk dan melihat kembali apa yang pernah dilakukan pada fasa pertama dia bersama kelab ini, selepas 7-8 musim pertama . Itu apa yang dia tidak lakukan kini.”

“Dia merupakan orang yang telah membawa pemain yang luar biasa pada permulaan rejimnya di Arsenal dengan harga yang berpatutan, menjual kebanyakan daripada mereka dan mendapat keuntungan yang besar daripada jendela perpindahan pemain.”

“Dia seorang yang hebat. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini? Dia sepatutnya melihat drinya,” kata bekas pengurus Arsenal itu lagi.

George Graham memulakan kariernya sebagai pemain bersama The Gunners apabila melengkapkan perpindahan dari Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai £75,000 pada 1996 dengan melakukan 277 penampilan sebelum meninggalkan Arsenal pada 1972. Bekas pemain tengah Scotland itu kembali ke Highbury selaku pengurus pada Mac 1986 dengan membantu menjulang 2 kejuaraan liga, 2 trofi Piala Liga, 1 kejuaraan Piala UEFA, 1 Piala FA dan 1 Perisai Komuniti sepanjang 9 tahun bersama Arsenal.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply