[PERSPEKTIF] SKUAD ARSENAL KINI LEBIH BAIK DARI THE INVINCIBLES – VIEIRA

Arsenal-goal-celebration-vs-Manchester-City-Sept-2012Skipper skuad The Invincibles, Patrick Vieira mengakui Arsenal kini meniti prestasi tidak menentu sejak beberapa musim kebelakangan ini. Bekas bintang tengah Perancis itu melaungkan keyakinan bahawa skuad remaja Arsenal kini mampu menamatkan kemarau kejuaraan tidak lama lagi. Malah, bekas pemain berusia 36 tahun itu mengakui skuad Arsenal kini memiliki kemapuan untuk melakukan pencapai yang lebih baik dari kejayaan The Invincibles.

“Saya percaya dengan Arsenal, suatu hari nanti mereka akan memiliki pemain cergas dan berada di tahap terbaik yang mampu menewaskan semua pasukan walaupun pasukan terbaik di dunia,” kata Patrick Vieira kepada The Sun baru-baru ini.

“OK, memang betul kini mereka kurang konsistensi untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Tetapi mereka memiliki pemain yang bagus, yang sangat bagus.”

“Dan jika anda melihat skuad Arsenal beberapa tahun lalu dan mereka fikir mereka telah bermain lebih baik berbanding dengan apa yang kami lakukan pada 2003/04.”

Arsenal-The-Invincibles-squad“Bagi saya, mereka benar-benar memiliki skuad yang menanrik untuk ditonton tetapi mereka perlu lebih kuat, lebih kekuatan fizikal dan pengalaman.”

“Dari segi kualiti, mereka memiliki kualiti yang bagus. Kualiti yang cukup untuk menjulang kejuaraan.”

Bintang lagenda Perancis itu pernah menjulang Piala Dunia FIFA 1998 dan Kejohanan Eropah EURO 2000 bersama Les Bleus mengakui bahawa Arsene Wenger merupakan watak penting dalam karier bola sepaknya sejak tiba di Arsenal pada September 1996. Patrick Vieira menegaskan bahawa Wenger merupakan pengurus yang paling layak untuk membimbing The Gunners lantaran memiliki kemampuan untuk mengilap bakat-bakat muda muda menjadi pemain yang hebat.

“Saya menghabiskan 9 tahun bersama Arsene (Wenger) dan saya sangat gembira di Arsenal,” akui bekas pemain berusia 36 tahun itu.

“Apa yang saya suka mengenai Wenger ialah dia membuatkan saya memahami kesilapan yang saya lakukan.”

“Dia membuatkan saya berkembang selakupatrick-vieira-the-invincibles seorang pemain dan manusia. jadi, Arsenal telah mengubah saya daripada seorang budak menjadi seorang lelaki. Itulah Arsene Wenger – dia cukup rapat dengan pemainnya.”

“Bagi saya, dia merupakan pengurus terbaik. Kebenarannya dari saya berumur 20 hingga 29 tahun, saya bermain bola sepak terbaik saya.”

“Situasi unik di Arsenal ialah kamu perlu menilai apa yang telah dilakukan oleh Arsene sejak 17 tahun yang lalu.”

“Ia cukup mengagumkan. Dia benar mengubah kelab ini sejak 17 tahun yang lalu tetapi dengan hanya menjulang kejuaraan yang akan membuatkan peminat-peminat gembira.”

“Arsene sedang berusaha ke arah itu, jelas sekali. Saya benar-benar yakin dengannya,” kata Vieira lagi.

Patrick Vieira merupakan antara pemain yang terawal dibawa oleh Wenger sejak tiba di Arsenal pada September 1996. Sepanjang bersama The Gunners, Vieira telah beraksi sebanyak 406 penampilan dan menjaringkan 33 gol dengan membantu menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 Piala FA dan 4 Perisai Komuniti. Kini, Vieira berkhidmat selaku Eksekutif Pembangunan Bola Sepak Manchester City sejak bersara pada 2011.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply