[PERSPEKTIF] SAYA TIDAK TERFIKIR MENINGGALKAN ARSENAL – SZCZESNY

Wojciech-Szczesny-Arsenal-no.1-goalkeeperWojciech Szczesny menegaskan dirinya kini seorang ‘gooner’ dan tidak terfikir untuk meninggalkan Arsenal meskipun diintai oleh beberapa kelab utama yang lain. Penjaga gol kelahiran Poland itu mula menyarung jersi no.1 Arsenal sejak 2 musim lalu ketika berusia 20 tahun. Anak kepada bekas penjaga gol skuad kebangsaan Poland, Maciej Szczesny ini telah menyertai Arsenal pada 2006 dari Legia Warsaw.

“Sejak saya menandatangani kontrak bersama kelab ini, saya menjadi penyokong Arsenal. Saya rasa ini sangat penting bagi masa depan saya,” kata Szczesny kepada Arsenal Player.

“Saya merasakan ia bukan sekadar bermain bola sepak dan mahu melakukan yang terbaik Sabtu ini. Tetapi saya merasakan saya menjadi sebahagian besar daripada kelab ini. Ini sangat bermakna bagi saya.”

“Saya fikir di sini terdapat ramai pemain yang merupakan penyokong setia Arsenal. Anda pasti mengenali pemain seperti Jack Wilshere, Carl Jenkinson, dan Emmanuel Frimpong – barisan pemain muda yang diberi penghormatan beraksi bersama kelab ini.”

Szczesny-Wilshere-Chamberlain-JenkinsonMeskipun di usia yang masih muda, Wojciech Szczesny sudah memiliki 12 caps antarabangsa bersama Poland dan bersedia untuk mencabar rekod milik penjaga gol lagenda Arsenal, David Seaman yang melakukan 564 penampilan bersama The Gunners. Sehingga kini, penjaga gol berusia 22 tahun ini sudah beraksi dalam 88 perlawanan bersama Arsenal sejak memulakan debut bersama skuad utama pada 22 September 2009.

“Saya merasakan saya semakin meningkat setiap perlawanan. Saya mendapat pengalaman yang diperlukan oleh penjaga gol muda. Jadi sangat penting untuk saya bermain sebanyak mungkin perlawanan,” kata Szczesny lagi.

“Saya tidak fikir untuk beraksi dengan kelab lain. Saya melihat masa depan saya bersama Arsenal. Saya sentiasa komited sejak tiba di sini pada usia 16 tahun dan bukan untuk meninggalkan ketika berusia 24 tahun.”

“Saya rasa keputusan untuk datang ke England ketika berusia 16 tahun merupakan keputusan penting dalam hidup saya,” kata penjaga gol skuad kebangsaan Poland ini lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply