[PERSPEKTIF] SAYA BANYAK BELAJAR DARI THIERRY HENRY – WALCOTT

Theo-Walcott-Arsenal-vs-Newcastle-UnitedPersembahan cemerlang yang dipamerkan oleh Theo Walcott ketika menentang Newcastle United hujung minggu lalu belum cukup untuk membuatkan dirinya bersedia menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal. Pemain berusia 23 tahun itu mengakui perbincangan kontrak baru masih lagi berjalan namun enggan mengulas lanjut mengenai masa depannya di Stadium Emirates.

“Saya mahu terus bermain bola sepak (bersama Arsenal). Perbincangan (kontrak) masih lagi berlangsungdan saya yakin akan ada keputusan segera,” kata Theo Walcott kepada BBC Sport.

“Saya yakin proses perbincangan kontrak akan segera dimuktamadkan. Perpindahan dari Arsenal tidak pernah ada dalam pemikiran saya. Lebih baik kita tunggu sahaja keputusannya nanti.”

“Ketika ini, saya hanya mahu fokus untuk meningkatkan persembahan saya dan membiarkan mereka (peminat) menilai kredibiliti saya sebagai seorang pemain The Gunners.”

Thierry-Henry-back-on-Arsenal-training-session-Dec-2012Bintang antarabangsa England itu mengakui bahawa kehadiran Thierry Henry yang menjalani sesi latihan bersama Arsenal sempena cuti pra-musim MLS membantu meningkatkan prestasi dirinya. Bekas produk akademi bola sepak Southampton kini berjaya membuktikan kemampuan selaku pengempur yang digeruni apabila meledak 14 gol daripada 21 perlawanan setakat ini dan mula diberi peranan beraksi di posisi kegemarannya selaku center forward.

“Saya telah banyak belajar darinya (Henry) ketika dia berada di sini,” kata Walcott lagi.

“Dia (Henry) berlatih bersama kami adalah sesuatu yang bagus. Hanya dengan berada bersamanya membuatkan kami mendapatkan pengalaman yang lebih.”

“Saya berharap agar proses peminjamannya (dari New York Red Bull) dapat diselesaikan dalam waktu terdekat,” kata pemain berusia 23 tahun ini lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply