[PERSPEKTIF] REAL MADRID KELAB IDAMAN ZAMAN REMAJA WENGER

Arsenal-Arsene+Wenger+croppedArsene Wenger mengakui Real Madrid merupakan kelab idaman semasa remajanya namun pengurus berbangsa Perancis itu menegaskan bahawa dirinya mahu fokus dan mencapai kejayaan bersama Arsenal yang merupakan satu-satunya yang menghalang dirinya untuk merealisasikan impiannya itu. Pengurus berusia 63 tahun itu mengemudi The Gunners sejak September 1996 dengan membantu meraih pelbagai kejuaraan termasuk 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 trofi Piala FA dan 4 Perisai Komuniti.

Meskipun sudah beberapa kali dikaitkan dengan tugas selaku pengendali The Galacticos sejak beberapa musim lalu namun Wenger terus komited bersama Arsenal sehingga 2014. Terdahulu, pengurus berbangsa Perancis itu telah dipilih selaku jurulatih bola sepak terbaik sedekad (2001-2010) oleh IFFHS walaupun gagal membantu Arsenal meraih sebarang kejuaraan sejak kali terakhir pada 2005.

“Saya mendapat penghormatan besar dari Madrid, kelab idaman saya sejak kecil lagi,” kata Arsene Wenger kepada News of the World.

“Tetapi saya sudah memiliki perjanjian bersama Arsenal. Kami membangun dengan cara kami sendiri. Terdapat hubungan yang rapat dengan pemain. Ia melahirkan rasa tanggungjawap.”

“Saya rasa impian untuk meraih kejuaraan musim ini akan direalisasikan. Kami tidak memenangi sebarang kejuaraan sejak 7 tahun yang lalu.”

“Saya rasa kini pasukan kami sudah matang. Dan penampilan dalam pasukan menampilkan sesuatu yang hebat. Jika segalanya berjalan lancar dan keseluruhan pasukan teruja untuk melakukannya, ia sesuatu yang hebat,” kata Wenger lagi.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez terus berusaha untuk membawa Arsene Wenger ke Madrid selaku pengurus The Galacticos selepas beberapa kali gagal melakukannya. Perez percaya Wenger mampu melakukan perubahan dan menjadi Real Madrid menjadi klab yang digeruni dan dalam usaha menyaingi seteru utama, Barcelona. Selain Madrid, Paris Saint-Germain dan Schalke 04 turut dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Arsene Wenger.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply