[PERSPEKTIF] OLIVIER GIROUD SAMA SEPERTI ALAN SMITH – WENGER

olivier-giroud-goal-celebration-vs-west-ham-2013Arsene Wenger mengatakan bahawa lebih banyak gol akan hadir daripada Olivier Giroud dan yakin penyerang antarabangsa Perancis akan terus mempamerkan peningkatan sama seperti penyerang lagenda Arsenal, Alan Smith. Pemain berusia 26 tahun berjaya menjaringkan 2 gol ketika membantu Arsenal membenam cabaran West Ham United 5-1 di Stadium Emirates dalam saingan Liga perdana Inggeris pada Rabu lalu.

Olivier Giroud menyertai Arsenal dari kelab Ligue 1, Montpellier pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £13 juta. Penjaring terbanyak Ligue 1 musim 2011/12 ini telah menjaringkan 11 gol dan menghasilkan 9 assist dalam 31 perlawanan bersama The Gunners. Pengurus Arsenal turut mengalu-alukan peningkatan yang dipamerkan oleh penyerang antarabangsa Perancis pada debut musim di Liga Perdana Inggeris.

“(Giroud) mungkin kelihatan seperti Alan Smith, terdapat sedikit persamaan –  dia boleh meningkat seperti pemain jenis tersebut,” kata Arsene Wenger.

“Penyokong-penyokong kami sukakan Olivier Giroud kerana dia merupakan seorang pemain yang mempamerkan peningkatan dengan baik.”

olivier-giroud-header-goal-vs-fulham-2012“Pertamanya, dia bertarung untuk pasukan di mana dia memiliki karisma dan kualiti yang hebat. Saya menyakinkan bahawa lebih banyak (gol) akan hadir daripada Olivier dan dia menyakinkan penyokong-penyokong kami bahawa dia merupakan penyerang yang boleh diharapkan.”

“Dia memerlukan sedikit masa (untuk menyesuaikan diri) tetapi dia telah menjaringkan 11 gol dan menghasilkan beberapa assist. Dia seorang yang tangkas di udara, tangkas ketika bertahan dan menyerang. Secara keseluruhannya dia memiliki kualiti yang penting kepada pasukan ini,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply