[PERSPEKTIF] KEHADIRAN HENRY BANTU TINGKATKAN PRESTASI WALCOTT

Arsene Wenger melaungkan keyakinan bahawa Theo Walcott mampu mengikut jejak langkah Thierry Henry menjadi pengempur No.1 Arsenal. Pemain antarabangsa England berusia 23 tahun ini berjaya meledak hatrik ketika membantu Arsenal membenam Newcastle United 7-3 di Stadium Emirates kelmarin. Peningkatan prestasi Walcott turut dipengaruhi oleh kepulangan Thierry Henry yang menjalani latihan di London Colney sejak Jumaat lalu sempena cuti pra-musim MLS.

Kehadiran penjaring terbanyak Arsenal sepanjang zaman dengan meledak 228 gol dilihat mampu mempengaruhi Theo Walcott untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal yang sehingga kini belum mencapai kata putus. Namun, Arsene Wenger enggan mengulas lanjut mengenai status pinjaman Henry bersama Arsenal meskipun dilihat mampu membantu proses pembangunan pemain-pemain muda Arsenal.

“Thierry (Henry) banyak memberi nasihat kepadanya (Walcott),” kata pengurus Arsenal itu.

“Theo seorang penyerang yang bijak. Dia cepat memahami apabila anda memberi sesuatu arahan atau nasihat kepadanya dan dia mampu melakukan dengan baik di posisi ini (penyerang).”

“Saya sering katakan bahawa suatu hari nanti Theo akan beraksi di bahagian tengah (serangan) dan dia semakin berkembang.”

“Dia (Walcott) kini berusia 23 tahun. Saya tidak mahu dia beraksi di bahagian tengah seperti Thierry sehingga dia berusia 23 tahun kerana dia perlu banyak belajar terlebih dahulu.”

“Kelebihan jika anda beraksi di posisi lain dapat membantu meningkatkan kemahiran anda. Daripada 19 hingga 23 tahun, Theo sudah banyak belajar. Kini, kami akan meletaknya beraksi di bahagian sayap atau bahagian tengah.”

“Biarkan dia berada di bawah tekanan. Dia telah beraksi baik dan anda perlu terbuka untuk menerima tugasan. Jika dia tidak menerimanya (menjadi penyerang), dia masih lagi seorang pemain sayap yang hebat, jadi ini menjadi aset kepada kami.”

“Dia akan terus belajar dan saya yakin dia mampu melakukan dengan baik di posisi ini tetapi terlalu awal untuk dibandingkan dengan Thierry. Sebelum ini, kami memiliki Dennis Bergkamp dan Thierry di hadapan, kami memiliki Patrick Vieira dan Gilberto di bahagian midfielder.”

“Kini, kami memiliki Jack Wilshere, Mikel Arteta, Santi Cazorla dan Oxlade-Chamberlain dan Lukas Podolski. Jika kami menambah seorang lagi penyerang ia agak sukar untuk mengimbangi bahagian pertahanan.”

Arsenal ketika ini dilaporkan terus berusaha untuk terus mengekalkan Theo Walcott yang mempamerkan aksi cemerlang musim ini dengan muncul penjaring gol utama Arsenal dengan menjaringkan 14 dan menghasilkan 9 assist dalam 20 perlawanan setakat ini. Kontrak bekas pelatih akademi bola sepak Southampton ini bakal berakhir pada penghujung musim ini dengan beberapa kelab utama dilihat sedang memantau perkembangan Walcott.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply